Ramadan, bulan yang penuh kesucian yang dinantikan umat Islam di seluruh dunia.
Kemuliaan bulan suci ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi ia disambut dengan pelbagai ibadah dan amalan yang dituntut Allah SWT.
Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala berlipat ganda buat hamba-hamba-Nya yang rajin dan khusyuk menunaikan ibadah serta amalan sunat.
Pengorbanan dalam menahan diri untuk melawan nafsu di bulan Ramadan perlu diambil iktibar agar ia menjadi tunjang bagi umat Islam untuk menjadi seorang Muslim yang taat akan perintah Allah SWT.
Antaranya, sebarkan kebaikan dengan bertutur dengan perkara baik, menjaga hubungan sesama Allah SWT, manusia dan lain-lain.
Malah, umat Islam wajib mengeluarkan zakat fitrah dan meneruskan bersedekah demi mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.
Janganlah kita lalai dalam aturan duniawi, sentiasa fokus akan amalan dan ibadah yang telah diterapkan sepanjang Ramadan ke bulan yang seterusnya.
Semoga kita dipertemukan lagi bulan Ramadan tahun hadapan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.