Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Duit Bukan Hanya Datang Dari Gaji: Usaha, Tawakal & Syukur Kunci Rezeki

IDRUS, Husna Najwa
02 May 2025, 02:17 PM

duit bukan hanya datang dari gaji: usaha, tawakal & syukur kunci rezeki

Foto Hiasan

Ramai orang sangka rezeki hanya datang dari gaji bulanan. Kita kerja, dapat gaji, itulah duit kita, selesai. Tetapi sebenarnya, Allah dah janji dalam Al-Quran: 

وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ 

Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).- At-Talaq, ayat 3 

Dan kalau kita bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi: 

‎رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ 

Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu - Ibrahim, ayat 7 

Syukur ni bukan sekadar ucap ‘Alhamdulillah’ bila dapat bonus atau projek besar. Sentiasa bersyukur apabila kita mendapat ganjaran rezeki dengan cara yang baik, sedar semua datang dari Allah, dan tak lupa berkongsi dengan orang lain. 

Nabi Muhammad SAW pun beri contoh sangat mudah: 

“Seandainya kamu semua benar-benar bertawakkal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya dalam keadaan kenyang.” 

(Riwayat Ahmad, al-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban, al-Hakim) 

Tetapi kita mesti ingat, Nabi tak suruh kita duduk diam saja. Burung pun keluar pagi-pagi untuk mencari makanan. Usaha tetap kena ada. Kita perlu berusaha sungguh-sungguh, ikhtiar habis-habisan, dan sandarkan harapan kepada Allah. 

Kunci rezeki itu terletak pada tiga perkara iaitu usaha, tawakal, dan bersyukur. Kita buat kerja sebaik mungkin, serah hasilnya pada Allah, dan apabila Allah kurniakan nikmat, kita bersyukur dan jaga nikmat itu sebaik mungkin. 

Semoga bermanfaat kepada semua. 

Sumber: X (@faridaffy) 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us