Ujian berat menimpa beberapa keluarga di Semenanjung Gaza selepas serangan tentera israel berlaku di wilayah mereka.
Keluarga tersebut bersyukur kerana selamat daripada serangan tetapi mereka sudah tiada lagi tempat tinggal, hanya bilik darjah dijadikan tempat berteduh.
Malah, ahli keluarga Abu Muawad melarikan diri ke lokasi lebih selamat ketika tentera Israel sedang menyerang di Gaza.
Pusat perlindungan sekolah yang ditubuhkan oleh PBB yang sesak menjadi lokasi mereka bersembunyi sebelum kembali ke rumah asal mereka.
Sejak gencatan senjata dan serangan mula reda, mereka sekeluarga mendapati rumah mereka musnah sepenuhnya.
Lebih 21 keluarga turut tumpang berteduh di sekolah itu bagi meneruskan kehidupan dan hari-hari yang mendatang.
Terdahulu, serangan rejim Israel pada 21 Mei lalu telah mengakibatkan ratusan rumah di Gaza musnah sehingga mengorbankan lebih 250 orang.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.