Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Rumah Pusaka Hangus Terbakar, Anak-Beranak Tinggal Di Stor

Sebuah keluarga terpaksa menumpang untuk kelangsungan hidup.
Muhammad Izwan Zainal
21 Apr 2021, 07:00 AM

Akibat rumah pusaka yang didiami sebuah keluarga hangus terbakar dalam kejadian 6 April lalu, mereka terpaksa menumpang di stor sebuah kilang perabot.

rumah pusaka hangus terbakar, anak-beranak tinggal di stor

Menurut Effandy Abdul Rahim berkata, kekangan wang dan masalah kesihatan menyebabkan dia tidak mampu membina semula rumahnya.

“Saya tidak mengharapkan bantuan wang daripada orang ramai, cuma bantu saya bina semula rumah kami agar saya dan isteri Salbilla Supriyadi, 41, serta anak kami Nuur Zulaieca, 2, dapat tinggal dengan selesa,” katanya.

rumah pusaka hangus terbakar, anak-beranak tinggal di stor

Memetik laporan Sinar Harian, mereka terpaksa menggunakan tangga besi untuk naik dan turun stor yang menjadi ‘rumah sementara’ mereka yang terletak di tingkat atas kilang perabot tersebut.

”Saya juga mohon kerjasama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang supaya menyambung semula bekalan air di tapak rumah kami yang telah terbakar... sekarang ini kami menumpang bekalan air dan tandas jiran,” katanya lagi.

Effandy yang berusia 32 tahun berkata, dia hanya berniaga buah mangga di tepi jalan dengan pendapatan tidak sampai RM1,000 sebulan dan isterinya pula menjaga orang kurang upaya dengan upah RM30 hingga RM40 sehari untuk menampung kehidupan seharian.

“Saya tidak boleh melakukan kerja berat kerana menghidap sakit jantung dan perlu mengambil suntikan harian di klinik kerajaan berdekatan,” ujarnya lagi.

Semoga ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan semoga keluarga ini terus tabah dan reda akan ujian mereka.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga tersebut boleh menghubungi Effandy menerusi talian 01110561130. 

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}