Pandemik COVID-19 memberikan 1001 kesabaran dan ujian buat seluruh masyarakat dan umat Islam diingatkan agar sentiasa bersabar dan berdoa dalam menghadapi dugaan ini.
Sesungguhnya wabak Covid-19 menuntut kesabaran yang tinggi. Namun, jangan putus asa, sentiasalah mengharap pada Allah memohon agar diangkat wabak ini dari muka Bumi.
Ingatlah! Memohon pertolongan dengan jalan sabar dan solat kepada Allah SWT.
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Al-Baqarah: 45)
Apapun setiap musibah itu mengandungi pengajaran dan hikmah tersendiri. Banyakkan bersabar dan patuhi SOP.
Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.