Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Sah Atau Tidak Letak Nama Anak Guna Nama Nabi Tapi Dalam Versi Inggeris?

ROSTAM, Mohamad Firdaus
26 Jun 2025, 11:56 AM

sah atau tidak letak nama anak guna nama nabi tapi dalam versi inggeris?Foto sekadar hiasan

Dalam usaha memberi nama terbaik buat anak-anak, ramai ibu bapa Muslim memilih nama-nama tokoh Islam, khususnya para nabi, sebagai satu bentuk penghormatan dan simbol doa agar anak membesar dengan akhlak serta nilai murni yang mulia. Namun begitu, di zaman moden ini, pemilihan nama sering kali turut dipengaruhi oleh faktor kemudahan sebutan, penerimaan masyarakat antarabangsa, serta unsur globalisasi.

Antara persoalan yang sering dibangkitkan ialah mengenai penggunaan nama nabi dalam versi bukan Arab, seperti Moses bagi Nabi Musa, Abraham bagi Nabi Ibrahim, Elijah bagi Nabi Ilyas, dan sebagainya. Adakah ia dibenarkan dari sudut syarak, atau adakah versi Arab lebih afdal digunakan?

Isu ini menjadi topik perbincangan hangat di media sosial baru-baru ini, khususnya selepas seorang pengguna aplikasi Threads mengemukakan soalan berkenaan perkara ini.

 

 

“Boleh ke beri nama Nabi pada anak, tapi versi orang luar punya macam Moses, Abraham, Isaac, Jacob, Elijah, Aaron? Atau lebih afdal letak versi asal?”

Persoalan itu segera menarik perhatian ramai, mencetuskan pelbagai pandangan. Ada yang menyatakan bahawa penggunaan nama dalam versi Arab lebih tepat dan mencerminkan identiti Islam, manakala segelintir pula berpandangan bahawa versi bukan Arab tidak menjadi kesalahan selagi merujuk kepada nabi yang sama serta membawa maksud yang baik.

Hukumnya Harus Dengan Syarat

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tampil menjawab persoalan ini dan menjelaskan bahawa penggunaan nama nabi dalam versi bukan Arab adalah dibolehkan (harus), asalkan ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam syarak.

Antaranya:

  • Nama tersebut tidak membawa maksud buruk, tidak ada unsur syirik atau kesombongan.
  • Nama itu tetap merujuk kepada tokoh Islam yang benar dan diakui dalam sejarah kenabian Islam.
  • Walaupun dibenarkan, penggunaan versi Arab tetap lebih utama (afdhal) kerana lebih jelas mencerminkan identiti Muslim.

Pejabat Mufti turut menegaskan bahawa nama yang diberikan akan digunakan untuk memanggil seseorang di Hari Kiamat. Maka, ibu bapa perlu berhati-hati dalam memilih nama, bukan hanya dari segi sebutan, tetapi juga dari aspek makna dan nilai spiritual.

Asalkan Makna Tidak Salah, Ia Dibenarkan

Dalam karya Fatawa Mu’asirah, ulama tersohor Dr Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan bahawa tidak ada larangan syarie terhadap penggunaan nama bukan Arab, selagi nama tersebut membawa maksud yang baik dan tidak bertentangan dengan prinsip akidah Islam.

Menurut beliau, sejarah juga mencatatkan bahawa ramai sahabat dan tabi’in memiliki nama bukan Arab, termasuk nama-nama yang berasal daripada haiwan, tumbuh-tumbuhan, atau unsur alam semula jadi. Hal ini menunjukkan bahawa Islam memberi kelonggaran dalam penamaan, selama mana ia tidak bercanggah dengan nilai agama.

Namun demikian, beliau menyarankan agar umat Islam kekal menggunakan struktur nama tradisional Islam, seperti penggunaan bin dan binti, untuk mengelakkan kekeliruan terhadap identiti seseorang sebagai Muslim.

5 Garis Panduan Memilih Nama Anak Menurut Islam

Berikut adalah lima garis panduan ringkas yang disarankan oleh pihak Mufti dan para ulama dalam pemilihan nama anak-anak Muslim:

  • Pilih nama yang membawa maksud baik, mulia dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
  • Elakkan nama yang mengandungi unsur syirik, kesombongan atau maksud negatif.
  • Penggunaan versi bukan Arab seperti Isaac atau Moses adalah harus, tetapi perlu jelas maksud dan rujukannya.
  • Versi Arab tetap lebih afdal, terutama untuk menunjukkan identiti sebagai seorang Muslim.
  • Gunakan struktur nama Islam seperti bin dan binti, bagi memelihara warisan dan mencegah salah faham identiti agama.

Secara keseluruhan, Islam memberi kelonggaran dalam penggunaan nama, termasuk versi bukan Arab, asalkan tidak bertentangan dengan akidah dan maksudnya jelas. Namun demikian, umat Islam disaran agar sentiasa memilih nama yang terbaik dan paling sesuai, bukan sahaja untuk dunia, tetapi juga untuk akhirat.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us