Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Nikahi Pasangan Bertatu, Sah atau Tidak di Sisi Islam?

ROSTAM, Mohamad Firdaus
18 Jul 2025, 11:02 AM

nikahi pasangan bertatu, sah atau tidak di sisi islam?Foto sekadar hiasan

Dalam ajaran Islam, perbuatan membuat tatu adalah dilarang dan termasuk dalam perkara yang dimurkai oleh Allah SWT. Namun begitu, timbul persoalan dalam kalangan masyarakat. Adakah sah bernikah dengan individu yang memiliki tatu? Bagaimana pula jika pasangan tersebut telah bertaubat?

Tatu Diharamkan Dalam Islam, Namun Taubat Sentiasa Diterima

Islam dengan tegas mengharamkan perbuatan bertatu. Hal ini bersandarkan kepada hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, di mana Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah melaknat golongan yang membuat tatu dan mereka yang meminta untuk ditatu.

Namun begitu, Islam adalah agama penuh rahmat. Bagi individu yang pernah melakukan dosa tersebut namun telah insaf dan kembali bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat nasuha, maka Allah menjanjikan keampunan buat mereka.

Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Orang yang bertaubat seperti orang yang tidak memiliki dosa." (Hadis Riwayat Ibnu Abid Dunya)

Allah SWT juga berfirman dalam Surah At-Tahrim, ayat 8, menyeru orang beriman agar bertaubat dengan sepenuh hati, dengan janji bahawa dosa mereka akan diampuni dan mereka akan dimasukkan ke dalam syurga-Nya.

Hukum Bernikah Dengan Pasangan Yang Memiliki Tatu

Dari sudut hukum, tiada larangan dalam Islam untuk seorang Muslim bernikah dengan pasangan yang mempunyai tatu, sama ada lelaki mahupun perempuan. Perkahwinan tersebut tetap sah selagi mana memenuhi rukun dan syarat-syarat sah nikah yang telah ditetapkan dalam syariat.

Malah, Islam menggalakkan umatnya agar segera berkahwin bagi menghindari perbuatan maksiat dan menjaga maruah diri daripada fitnah.

Namun demikian, adalah digalakkan untuk seseorang itu menunaikan solat Istikharah sebelum mengambil keputusan besar dalam hidup, termasuk dalam urusan memilih pasangan hidup. Tujuannya adalah untuk memohon petunjuk dan ketenangan hati daripada Allah SWT demi kebahagiaan dunia dan akhirat.

Jika individu yang memiliki tatu itu telah benar-benar bertaubat dan berubah ke arah kebaikan, maka tiada halangan baginya untuk berkahwin sebagaimana Muslim yang lain.

Perlukah Menghilangkan Tatu?

Persoalan mengenai kewajipan menghilangkan tatu pula memerlukan kepada penjelasan yang lebih terperinci, sebagaimana yang dijelaskan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:

  • Individu mukallaf yang bertatu dengan rela hati: Jika tatu tersebut boleh dihilangkan dengan rawatan perubatan atau pembedahan tanpa menjejaskan fungsi anggota badan, maka wajib untuk menghilangkannya. Namun, jika terdapat risiko mudarat yang besar, maka tidaklah wajib dan individu tersebut tidak berdosa selepas bertaubat.
  • Kanak-kanak atau orang yang tidak waras (tidak mukallaf): Mereka tidak diwajibkan menghilangkan tatu kerana tidak dikenakan tanggungjawab syariat sepenuhnya.
  • Individu yang dipaksa bertatu: Jika seseorang melakukannya dalam keadaan terpaksa, maka dia juga tidak diwajibkan untuk menghilangkannya.
  • Orang bukan Islam yang memeluk Islam: Bagi individu yang bertatu semasa kafir dan kemudian memeluk Islam, maka dalam keadaan biasa, diwajibkan untuk menghilangkan tatu tersebut sebagai tanda penghormatan kepada agama yang baru dianut, kecuali jika terdapat risiko kesihatan atau mudarat.

Walaupun tatu diharamkan dalam Islam, ia tidak menjadi penghalang untuk sahnya perkahwinan seseorang. Yang lebih utama adalah keinsafan dan perubahan ke arah kebaikan. Islam sentiasa membuka ruang untuk taubat dan perubahan, selagi mana seseorang itu benar-benar ingin kembali ke jalan yang diredai Allah SWT.

Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai pasangan bertatu, pertimbangan sewajarnya harus dibuat, bukan sekadar melihat kepada fizikal, tetapi kepada keimanan, akhlak dan kesungguhan pasangan dalam memperbaiki diri.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us