Pelaksanaan solat sunat Aidiladha di Sarawak dibenarkan pada 20 Julai ini dengan had jemaah ditetapkan mengikut kategori masjid dan surau bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Menurut kenyataan Majlis Islam Sarawak (MIS), pihaknya memaklumkan Masjid Jamek Negeri, had jemaah yang dibenarkan hanya 500 orang dan tidak boleh melebihi had ditetapkan.
“Bagi masjid di peringkat bahagian, daerah serta daerah kecil, jemaah dibenarkan adalah tidak melebihi 150 orang manakala di surau tidak lebih 70 orang.
“Had jemaah adalah termasuk pegawai masjid dan jawatankuasa pengurusan,” katannya.
Tambahnya, jemaah diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti memakai pelitup muka dan mengimbas suhu badan ketika memasuki masjid.
Walaubagaimanapun, ibadah korban dan ziarah tidak dibenarkan bagi sambutan Aidiladha tahun ini.
“Bagi mereka di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula, solat sunat Aidiladha di masjid atau surau tidak dibenarkan,” katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.