Kita harus mengingatkan diri sendiri bahawa tidak ada manusia yang sempurna di muka bumi ini. Pasti pernah melakukan kesilapan dan pasti ada yang mempelajari daripada kesilapan tersebut. Yang penting kita memohon ampun dan bertaubat kepada Illahi.
Dalam sebuah hadis yang sangat masyhur, Allah mengingatkan bahawa Allah sentiasa mengampunkan dosa hambanya yang ikhlas meminta keampunan dan melakukan taubat walaupun dosa yang dilakukan berkali-kali:
Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata:
“Ya Tuhan, aku telah berdosa. Ampunilah diri ku.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hambaKu tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hambaKu.”
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba-Ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku.”
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhan-ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku. sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki. (Riwayat al-Bukhari, no.7507)
Menurut Imam al-Nawawi hadis diatas jelas ternyata bahawa walaupun berkali-kali melakukan dosa yang sama dan dia bertaubat setiap kali daripadanya, maka taubatnya diterima dan gugur dosanya. Meskipun dia bertaubat daripada semua dosanya dengan sekali taubat, maka taubatnya sah.
Asalkan hati ini ikhlas memohon ampun, Allah akan mengampuni segala dosa kita. Oleh itu, kita manusia yang tidak berapa sempurna janganlah menghukum orang lain yang melakukan kesilapan.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.