Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Seremban Dan Port Dickson Laksana PKP 2.0 Mulai Esok Sehingga 1 Februari

PKP 2.0 akan dilaksanakan di dua daerah mulai 19 Januari sehingga 1 Februari 2021.
Editor
18 Jan 2021, 06:42 PM

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di dua daerah di Negeri Sembilan iaitu Seremban dan Port Dickson bermula 19 Januari (esok) sehingga 1 Februari 2021.

seremban dan port dickson laksana pkp 2.0 mulai esok sehingga 1 februari

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, susulan peningkatan kes COVID-19 yang sangat tinggi dan mendadak dalam tempoh 14 hari lalu, keputusan tersebut telah dilakukan atas nasihat dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bagi daerah Seremban, KKM mengesahkan kadar insiden jangkitan di daerah ini sangat tinggi dan berlaku peningkatan kes secara ketara dalam tempoh 14 hari iaitu dari 777 hingga 876 kes.

“Selain itu, kebanyakan mukim di Seremban juga adalah zon merah iaitu tujuh daripada sembilan mukim. Bilangan kes yang dilaporkan dalam masa 14 hari di tujuh mukim adalah dalam lingkungan 56 hingga 283 kes.

“Di Port Dickson pula, KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak dalam tempoh 14 hari yang melibatkan beberapa kluster iaitu daripada 35 kepada 167 kes,” katanya.

Tambah beliau, tujuan pelaksanaan PKP di dua daerah ini adalah usaha mengekang penularan wabak COVID-19 dalam komuniti dan mengawal pergerakan di kedua-dua daerah berkenaan.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP di enam negeri zon merah untuk tempoh 14 hari mulai 3 hingga 26 Januari, 2021.

Ia melibatkan Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Sementara itu, di Sibu, Selangau serta Kanowit, Sarawak dan seluruh Kelantan pula, PKP dikuatkuasakan mulai 16 hingga 29 Januari ini.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}