Pihak berkuasa agama beberapa negeri telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) solat fardhu dan Jumaat di masjid dan surau masing-masing selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau ‘total lockdown’ sehingga 14 Jun ini.
Ia bertujuan untuk mengekang penularan COVID-19 dan bagi mengelak masjid dan surau menjadi lokasi berisiko pencetus kluster.
Kebanyakan negeri hanya membenarkan bilangan jemaah solat yang sangat terhad, sementara aktiviti lain dan pengimarahan ditangguhkan.
Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail, hanya 12 orang jemaah dibenarkan bagi solat Jumaat dan fardu di masjid serta surau Jumaat terdiri daripada pegawai masjid dan ahli Jawatankuasa (AJK) dengan penjarakan 1.5 meter.
“Solat fardu juga dibenarkan di semua surau dengan bilangan jemaah tiga orang sahaja yang terdiri dari imam, bilal dan noja atau AJK dengan penjarakan 1.5 meter,” katanya.
Tambahnya, pengurusan jenazah yang bukan pesakit COVID-19 tidak dibenarkan di masjid dan surau kecuali dengan kelulusan khas.
Ia berikutan tertakluk kepada jurumandi dan lima petugas, manakala solat jenazah pula tidak melebihi 12 orang termasuk ahli keluarga terdekat.
“Bagi urusan pengebumian jenazah juga tidak boleh dihadiri lebih 12 orang termasuk ahli keluarga terdekat,” katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.