Seramai 27 daripada 5,574 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020 memperoleh gred Mumtaz atau cemerlang.
Menurut Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali, indeks Gred Purata Nasional (GPN) yang direkodkan adalah 3.04.
Tambahnya, tidak relevan untuk membandingkan keputusan kali ini dengan tahun sebelumnya memandangkan pelaksanaan format baharu peperiksaan bermula 2020.
“Ini tidak akan memberi kesan besar dari segi kesediaan tempat di universiti kerana mereka memiliki peluang yang sama untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.
Tahun lalu, seramai 41 calon memperoleh gred Mumtaz pada peperiksaan STAM 2019.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.