Pernahkah ketika anda sedang berehat, tiba-tiba sahaja mata anda berkerdip-kerdip dan berdenyut hingga menghilangkan fokus anda?
Ramai yang mengaitkan masalah kerdipan mata secara tiba-tiba ini dengan kepercayaan orang tua, namun menurut sains, ia terjadi disebabkan gerakan otot dalam kelopak mata secara berulang dalam tempoh singkat dan tidak boleh dikawal.
Menurut laman Public Health Malaysia, stres dan tekanan berlebihan turut menjadi punca mengapa mata sering berkerdip secara tiba-tiba. Antara punca lain seperti:
• Pengambilan kafein berlebihan;
• Gangguan tidur atau tidak cukup lena;
• Mata kering;
• Pengambilan alkohol;
• Iritasi atau radang pada permukaan biji mata atau bahagian dalam kelopak mata;
• Merokok;
• Terdedah kepada cahaya terang;
• Terdedah kepada cuaca dan angin;
• Sakit kepala atau pening; dan
• Kesan pengambilan ubatan atau rawatan tertentu.
Meskipun masalah kerdipan mata ini tidak membahayakan, sebaiknya langkah pencegahan perlu diambil seperti mengelakkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi, teh dan coklat, dapatkan tidur secukupnya, ambil air kosong secukupnya dan amalkan titisan mata untuk memastikan mata dalam keadaan segar.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.