Kementerian Kesihatan tidak akan melakukan suntikan vaksin pada waktu malam sepanjang bulan Ramadan.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, suntikan vaksin hanya dibuat seperti biasa sehingga petang sahaja kepada mereka yang sudah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera, bagi melancarkan ibadah di bulan suci ini.
"Saya berpendapat jika suntikan dibuat pada waktu malam mereka tidak akan datang, kerana mereka mahu melakukan ibadat tarawih yang hanya setahun sekali sahaja.
"Suntikan vaksin bagi fasa kedua pula akan dilaksanakan pada 19 April ini. Bagi mereka yang tinggal di pedalaman seperti Orang ASLI, kita akan hantar pegawai perubatan melalui program 'Out Reach' untuk memberikan suntikan vaksin CanSino bagi sekali suntikan sahaja," katanya lagi
Tambahnya lagi, pihak KKM boleh menjalankan suntikan vaksin sehingga 70 hingga 80 peratus kepada penerima sehingga akhir tahun ini jika ramai yang hadir pada masa yang ditetapkan.
Malah, beliau turut menyeru kepada masyarakat Malaysia agar lebih cakna akan situasi semasa dan mendaftar untuk suntikan vaksin di aplikasi MySejahtera.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.