Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Terkena Susu Kucing? Jatuh Hukum Najis atau Suci Menurut Islam?

ROSTAM, Mohamad Firdaus
14 Jul 2025, 12:05 PM

terkena susu kucing? jatuh hukum najis atau suci menurut islam?Foto sekadar hiasan

Salah satu persoalan yang sering timbul dalam kalangan umat Islam adalah mengenai hukum susu kucing. Adakah ia termasuk dalam kategori najis atau suci? Dan sekiranya terkena pada pakaian solat, adakah ibadah tersebut masih sah?

Dalam hukum Islam, penentuan najis atau tidaknya sesuatu bahan bergantung kepada jenis haiwan itu sendiri. Para ulama bersepakat bahawa susu haiwan yang halal dimakan dagingnya, seperti lembu, kambing, dan unta, adalah suci, selagi ia keluar ketika haiwan itu masih hidup.

Perkara ini diperjelaskan oleh Syeikh al-Qalyubi yang menyatakan:

"Susu haiwan yang halal dimakan dagingnya adalah suci."

Begitu juga dengan pandangan Syeikh Ad-Damiri:

"Susu haiwan yang boleh dimakan adalah suci berdasarkan dalil dan ijmak para ulama."

Sebaliknya, bagi haiwan yang tidak halal dimakan, seperti kucing, anjing, harimau, dan monyet, maka susu yang keluar daripadanya dianggap najis, sekalipun ketika haiwan itu masih hidup dan tidak berpenyakit.

Pandangan ini disokong oleh Imam Nawawi dalam dua karya penting beliau, Minhaj At-Talibin dan Raudhah At-Talibin:

"Susu haiwan yang tidak halal dimakan selain manusia adalah najis."

"Susu haiwan yang tidak halal dimakan adalah najis mengikut pendapat yang paling sahih."

Implikasi terhadap Solat

Berdasarkan pandangan tersebut, susu kucing dihukumkan sebagai najis. Oleh itu, jika pakaian atau anggota badan terkena susu kucing, maka wajib dibersihkan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat.

Sekiranya seseorang solat dalam keadaan masih terkena najis tersebut tanpa disedari atau tanpa membersihkannya, maka solatnya tidak sah menurut hukum syarak, kerana kebersihan daripada najis merupakan salah satu syarat sah solat yang tidak boleh diabaikan.

Hukum mengenai susu kucing adalah jelas dalam pandangan fuqaha; ia tergolong sebagai najis, kerana kucing bukan haiwan yang boleh dimakan mengikut syariat Islam. Justeru, umat Islam perlu berhati-hati agar pakaian dan tubuh bebas daripada najis ini, lebih-lebih lagi sebelum mengerjakan solat atau ibadah yang memerlukan kesucian.

Wallahu a‘lam.

Sumber: Harakah Daily

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us