Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Betul Ke Kalau Tak Panaskan Kereta Sebelum Pandu, Enjin Boleh Cepat Rosak

Apa fungsi tindakan memanaskan kereta ini sebenarnya?
Editor
01 Dec 2020, 04:29 PM

Menjadi satu kebiasaan dah kalau dah masuk kereta, mesti akan panaskan enjin terlebih dahulu sebelum mulakan perjalanan. Terutamanya pada waktu pagi, lagi-lagi kalau kereta itu sudah berusia.

Tidak kurang juga, pemilik kereta baharu turut memanaskan kereta antara lima minit atau lebih.

betul ke kalau tak panaskan kereta sebelum pandu, enjin boleh cepat rosak

Apa fungsi tindakan memanaskan kereta ini sebenarnya? Memanaskan kereta adalah bagi memberikan komponen enjin ‘terjaga’ dan berfungsi dengan baik sebelum dipandu.

Tapi persoalannya sekarang ni, perlu ke kereta baharu dipanaskan terlebih dahulu sebelum dipandu?

betul ke kalau tak panaskan kereta sebelum pandu, enjin boleh cepat rosak

Menurut pakar kenderaan, Didi Ahadi, untuk kereta baharu tidak perlu dipanaskan kerana kebanyakan keluaran kenderaan zaman kini sudah menggunakan teknologi yang lebih canggih.

Menurut kata Didi, setiap komponen yang terdapat pada enjin kenderaan sudah dilengkapi dengan fuel injection atau suntikan bahan api bersama unit kawalan elektronik (ECU) yang berfungsi menyesuaikan suhu enjin kenderaan walaupun di tempat bersuhu di bawah 0ºC.

"Teknologi hari ini sudah berbeza, semuanya menggunakan ECU. Jadi ketika enjin dihidupkan ia boleh terus dipandu," katanya.

betul ke kalau tak panaskan kereta sebelum pandu, enjin boleh cepat rosak

Namun, kereta yang tidak digunakan dalam tempoh jangka panjang, ini boleh menyebabkan minyak enjin berkurangan.

Manakala kereta yang dipandu setiap hari tidak perlu dipanaskan kerana ia berisiko membuatkan petrol meresap ke dalam minyak enjin sehingga boleh menjejaskan tahap kelikatan bahan pelincir itu.

Akibatnya, ia boleh meningkatkan risiko haus ke atas komponen dalam enjin. Jadi anda tidak perlu bimbang untuk terus menggunakan kereta tanpa dipanaskan terlebih dahulu selain ia tidak mendatangkan risiko kerosakan enjin!

Sumber: mStar

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}