Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Talak Bukan Jalan Utama Selesaikan Isu Nusyuz Isteri

ROSTAM, Mohamad Firdaus
31 Oct 2025, 11:24 AM

talak bukan jalan utama selesaikan isu nusyuz isteriFoto sekadar hiasan

Nusyuz dari segi bahasa berasal daripada perkataan nasyz yang bermaksud tempat tinggi, manakala dari sudut istilah syarak, ia merujuk kepada perbuatan isteri yang meninggi diri terhadap suaminya dengan mengingkari ketaatan yang diwajibkan Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Nisaa’ ayat 34:

“Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz), hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).”

Perbuatan nusyuz dikategorikan sebagai haram dan termasuk dalam dosa besar. Antara bentuk nusyuz ialah keengganan isteri melayani suaminya tanpa sebab syarie, meninggalkan rumah tanpa izin, atau menolak hak-hak yang wajib dipenuhi terhadap suami. (Rujuk: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, jilid 4, halaman 90–92).

Walaupun demikian, Islam tidak menjadikan talak sebagai jalan pertama untuk menyelesaikan masalah nusyuz. Sebaliknya, syarak menetapkan beberapa langkah berperingkat yang harus diambil oleh suami bagi mendidik isteri dan memulihkan keharmonian rumah tangga sebelum mempertimbangkan perceraian.

Antara langkah tersebut ialah:

1.⁠ ⁠Menasihati isteri dengan cara yang baik dan berhemah.

2.⁠ Berpisah tempat tidur sebagai isyarat teguran terhadap keingkaran.

3.⁠ Memukul secara ringan, sekadar untuk memberi pengajaran tanpa mencederakan, jika dua langkah sebelumnya gagal.

Langkah-langkah ini menunjukkan bahawa Islam mengutamakan pendekatan pendidikan dan pemulihan moral berbanding menghukum atau menamatkan hubungan perkahwinan.

Justeru, talak bukanlah penyelesaian utama terhadap isteri nusyuz. Ia hanya boleh dilakukan selepas semua usaha yang disarankan syarak tidak berjaya.

Selain itu, dakwaan nusyuz terhadap isteri juga tidak boleh dibuat sesuka hati. Ia perlu dibuktikan dan disabitkan melalui prosedur perundangan di mahkamah syariah bagi mengelakkan kezaliman serta penyalahgunaan kuasa oleh pihak suami.

Kesimpulannya, Islam menegaskan bahawa perkahwinan dibina atas dasar kasih sayang dan tanggungjawab. Dalam menghadapi isu nusyuz, suami dituntut mendidik dengan sabar dan berhikmah, bukan terburu-buru menjadikan talak sebagai jalan keluar.

Sumber: Kosmo

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us