Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Kita Mengejar ‘Lebih’, Sampai Lupa Apa Yang Sudah Cukup

IDRUS, Husna Najwa
21 Nov 2025, 12:01 PM

kita mengejar ‘lebih’, sampai lupa apa yang sudah cukup

Foto Hiasan

Dalam hidup, kita sering berlari tanpa henti. Kita asyik kejar kerja, kejar gaji, kejar taraf hidup, kejar apa sahaja yang kita rasa boleh buat kita ‘lebih’ daripada sekarang. Namun, semakin laju kita kejar, semakin besar rasa tidak cukup itu menghimpit hati. Mengapa?

Kerana kita terlalu kerap mendongak ke atas.

Kita melihat orang yang lebih kaya, lebih cantik, lebih berjaya, lebih segalanya. Tanpa sedar, hati mula membanding. Jiwa mula merungut. Nikmat yang ada di tangan terasa kecil, sedangkan nikmat-nikmat lain yang tidak kelihatan sebenarnya begitu besar.

Lalu kita lupa satu pesan Nabi yang sangat mendalam hikmahnya:

"Apabila kamu melihat orang yang diberikan kelebihan berbanding kamu dalam harta dan rupa, lihat pula orang yang berada di bawah kamu."

[Sahih Bukhari 6490]

Hadis ini bukan sekadar nasihat, tetapi penawar kepada penyakit hati yang diam-diam mencuri bahagia kita setiap hari lalu mengisinya dengan ketidaksyukuran. Cuba berhenti sekejap. Tarik nafas perlahan dan lihat sekeliling.

kita mengejar ‘lebih’, sampai lupa apa yang sudah cukup

Foto Hiasan

Kita masih ada rumah untuk berlindung, sedang ada orang tidur beralas kotak.

Kita masih ada makanan di meja, sedang ada yang menahan lapar sepanjang hari.

Kita masih ada tubuh yang sihat, sedang ada yang setiap hari bertarung dengan kesakitan.

Kita masih mampu berjalan, bernafas, bekerja, mencintai dan berharap. Semua ini antara nikmat yang sering kita lupakan. Maka persoalannya bukan lagi,

“Kenapa hidup aku tak cukup?”

Tetapi seharusnya

“Kenapa syukur aku yang makin berkurang?”

Kadang-kadang, dunia bukan menuntut kita menambah lebih banyak, tetapi menghargai lebih dalam apa yang sudah dimiliki. Rehatkan hati. Lihat nikmat kecil yang selalu kita pandang enteng.

Di situlah sebenarnya tempat bahagia bersembunyi.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us