Peminat sering mengabadikan kenangan bersama idola masing-masing dalam foto dan juga tandatangan.
Termasuk jugalah bintang bolasepak dunia, tandatangan atau autograph diturunkan pada jersi, bola dan juga buku. Malah, ada yang menjual semula tandatangan ini pada satu nilai yang sangat tinggi!
Menurut laporan, tandatangan pemain Liverpool dan Mesir, Mohamed Salah mempunyai nilai jualan sebanyak RM3,599.90, menjadikannya sebagai top 5 tandatangan bernilai di dunia.
Menduduki tangga pertama adalah tandatangan bintang Manchester City, Sergio Aguero dengan nilai tandatangannya mencecah RM7,438.32.
Diikuti David Becham (RM5,454.42), dan bintang Arsenal, Aubameyang ditempat ketiga dengan nilai RM4,908.97.
Selain itu, beberapa lagi tandatangan pemain Liga Perdana Inggeris seperti Virgil van Dijk, Trent Alexander-Arnold dan Alisson Becker, turut dijual pada harga yang mahal dan bernilai tinggi.
Tidak ketinggalan pemain lagenda, Ronaldinho menduduki tangga ke-17 dalam tandatangan berharga, dengan anggaran RM1,976.70.
Sumber: Dailymail
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.