Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Terlebih Makan Pisang Boleh Merosakkan Buah Pinggang

Selain pisang ada ke makanan lain.....
Editor
25 Jul 2020, 07:00 AM

Buah pinggang merupakan salah satu organ dalaman yang sangat penting dalam tubuh badan manusia. Ia berfungsi untuk mengeluarkan sisa pembuangan melalui air kencing, menghasilkan hormin dan menapis toksin serta cecair tambahan dalam darah manusia.

Sebab itulah kita kena mengambil berat tentang buah pinggang kita dan cuba menjaga kesihatan dengan sebaik mungkin. Namun, ada sesetengah makanan harian yang boleh membahayakan dan menjejaskan fungsi buah pinggang jika diambil berlebihan.

1. Garam

terlebih makan pisang boleh merosakkan buah pinggang

Diet yang sihat perlu mengandungi jumlah maksimum garam sebanyak 2300 miligram sehari. Jika badan anda mengandungi garam yang berlebihan, buah pinggang anda perlu bekerja lebih keras untuk menghilangkan natrium, jadi ia akan mula mengekalkan air yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.

2. Pisang

terlebih makan pisang boleh merosakkan buah pinggang

Orang dewasa yang sihat harus mempunyai kira-kira 3,500 hingga 4,700 miligram kalium setiap hari dari makanan dan pisang bersaiz sederhana yang sudah mengandungi 537 miligram.

Tetapi jika anda menderita penyakit buah pinggang, pengambilan kalium perlu lebih rendah kerana tubuh badan anda tiedak dapat menguruskan penapis yang berlebihan, yang boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius. Buah pisang mempunyai kadar kalium yang sangat tinggi, yang boleh membahayakan pesakit buah pinggang.

3. Daging

terlebih makan pisang boleh merosakkan buah pinggang

Dari segi nutrisi, tidak boleh dinafikan bahawa daging adalah antara makanan yang paling sempurna. Tetapi jika, makan dengan jumlah yang berlebihan ia boleh menyebabkan masalah kepada buah pinggang.

Diet yang kaya dengan protein haiwan boleh menyebabkan berlakunya batu karang. Daging juga mempunyai jumlah purin yang tinggi yang merangsang penghasilan asid urik, salah satu punca penyebab batu ginjal.

4. Produk Tenusu

terlebih makan pisang boleh merosakkan buah pinggang

Sememangnya produk tenusu ini kaya dengan vitamin dan nuteirn, tetapi pengambilan susu, yougurt dan keju yang terlampau banyak mungkin akan membawa lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan.

Jumlah fosforus yang terkandung dalam makanan ini mungkin menyebabkan tekanan kepada buah pinggang anda. Jika buah pinggang anda tidak berfungsi dengan sepenuhnya, organ ini tidak boleh menyahkan fosforus tambahan dari darah anda dan boleh menyebabkan tulang menjadi nipis dan lemah serta meningkatkan risiko patah tulang.

5. Buah dan jus oren

terlebih makan pisang boleh merosakkan buah pinggang

Buah dan jus oren mengandungi kalori yang rendah dan ia juga kaya dengan vitamin C, kedua-dua ini juga mengandungi kadar kalium yang tinggi. Jika organ ini tidak dapat menyahkan kalium yang berlebihan dalam darah, tubuh badan anda boleh berada dalam keadaan yang bahaya.

Sumber: Iluminasi

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}