Tahu tak asal usul doa sebelum makan sebenarnya merupakan doa yang dibaca selepas makan oleh kerana ia mengandungi kata-kata pujian kepada Allah SWT tentang nikmat dan rezeki yang didapati.
Ulama mengatakan bahawa sanad daripada riwayat doa itu adalah sahih, namun ia adalah doa yang lebih sesuai dibaca selepas makan kerana ucapan pujiannya lebih sesuai dibaca selepas menjamah makanan. (Rujuk Ibn ‘Abd al-Barr, Al-Istizkar, jilid 8, hlm. 387)
Tetapi apa yang paling penting adalah sebelum makan kita dahulukan dengan bacaan Bisimillah.
Biasalah ada orang kalau dah lapar sangat, mesti nak cepat-cepat masukkan makanan dalam perut. Bagaimana jika anda terlupa membaca Bismillah mahupun doa makan? Apa yang boleh dilakukan?
Daripada ‘Aisyah RA, Baginda SAW menyebut:
إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى، فَإِنْ نَسِيَ أَنْ يَذْكُرَ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ
Maksud: “Apabila seseorag daripada kamu ingin makan, maka sebutlah nama Allah Taala. Sekiranya dia lupa menyebut nama Allah pada awalnya (sebelum daripada makan), maka bacalah: Dengan nama Allah, aku memulakannya dan aku mengakhirinya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 3767. Syeikh Syu’aib al-Arnouth menilai hadis ini sebagai sahih li ghairihi)
Melalui Sahih Ibn Hibban ada disebutkan sebuah riwayat daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Baginda SAW bersabda:
من نَسِيَ أَنْ يَذْكُرَ اللَّهَ فِي أَوَّلِ طَعَامِهِ, فَلْيَقُلْ حِينَ يَذْكُرُ: بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وآخره
Maksud: “Barangsiapa yang terlupa menyebut nama Allah pada awalnya (sebelum makan), maka bacalah ketika dia ingat (bahawa dia belum menyebut nama Allah); “Dengan nama Allah, aku memulakannya dan aku mengakhirinya.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban, no. 5213)
Jadi, melalui hadis di atas, dapat difahami bahawa ungkapan yang boleh diganti jika anda tertinggal doa makan atau bismillah sedangkan anda sudah makan hampir separuh daripada hidangan tersebut, bolehlah dibaca;
بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ
Maksud: “Dengan nama Allah aku memulakannya dan mengakhirinya.”
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.