Apa yang anda rasa jika satu hari anda semak baki akaun bank dan tiba-tiba ada berjuta ringgit dalam simpanan anda?
Seorang penarik beca, Mohammad Rasheed, 43, dari Pakistan, terkejut apabila mendapati baki akaunnya tiba-tiba ada tiga bilion rupee (RM12.5 juta).
Rasheed mengambil masa setahun untuk mengumpul 300 rupee hasil upah sebagai penarik beca untuk membeli basikal terpakai untuk anak perempuannya.
Namun, wang jutaan ringgit yang berada dalam akaunnya itu merupakan sindiket pengubahan wang haram yang berleluasa di Pakistan ketika ini. Insiden seperti ini mensasarkan akaun bank milik warga miskin yang secara tiba-tiba mengandungi banyak wang sebelum menjadi kosong disebabkan skim pengubahan wang haram yang menyaksikan jutaan dolar dibawa keluar negara.
Sumber: The Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.