Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terus komited menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap umat Islam yang tidak menghormati bulan Ramadan.
Biarpun tiga Willayah Persekutuan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat dan PKP Pemulihan (PKPP), ia tidak menghalang mereka lebih-lebih lagi tindakan makan di tempat awam.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary, penguatkuasaan, pemantauan dan operasi akan dibuat pada bila-bila masa sahaja sepanjang Ramadan.
"Kerja-kerja penguatkuasaan berjalan seperti biasa dan kita juga akan buat operasi berdasarkan aduan yang diterima.
“Tindakan turut diambil terhadap premis perniagaan atau restoran yang menjual makanan kepada golongan itu,” ujarnya lagi.
Tindakan akan diambil mengikut Seksyen 15, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM1,000 atau dipenjarakan maksimum enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.