Pasangan hidup merupakan anugerah yang tidak ternilai dikurniakan Allah SWT. Sebagai pasangan yang baik, sikap bertolak ansur dan bertoleransi haruslah diterapkan bagi menjamin kebahagian.
Tidak dinafikan, situasi mencabar pandemik COVID-19 ini banyak mengajar pasangan agar sentiasa bersyukur dan bekerja keras dalam menempuh kehidupan mendatang.
Pasangan suami isteri perlulah saling bekerjasama dan berfikiran positif antara satu sama lain untuk menguruskan keluarga.
Antara tips yang boleh dikongsikan mengenai pasangan bahagia ialah;
1. Sentiasa ikhlas
2. Sentiasa senyum
3. Bersalaman sebelum pergi kerja
4. Sentiasa minta maaf & memaafkan
5. Mendoakan pasangan
6. Bersangka baik
7. Menjadi pendengar yang baik
8. Amalkan ucap "terima kasih"
9. Meraikan hari-hari yang istimewa
Sumber: Facebook Santapan Minda
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.