Setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha dengan penuh kegembiraan dan penghayatan. Salah satu amalan penting yang dilakukan ialah ibadah korban, iaitu penyembelihan haiwan ternakan sebagai tanda pengorbanan dan ketaatan kepada Allah SWT. Daging korban yang diperoleh kemudiannya diagihkan kepada golongan yang memerlukan, terutama fakir miskin.
Namun begitu, kualiti daging korban perlu dijaga dengan rapi supaya tidak rosak atau tercemar. Penyimpanan daging yang salah boleh menyebabkan daging mudah berkulat, dicemari oleh kuman atau hilang rasa segar. Oleh itu, sangat penting untuk mengetahui cara penyimpanan daging korban yang betul agar manfaatnya dapat dinikmati oleh semua tanpa membahayakan kesihatan.

Foto: KKM
Dengan mengamalkan cara penyimpanan yang betul, daging korban yang diagihkan akan sentiasa segar dan selamat untuk dimakan. Semoga ibadah korban kita diberkati dan daging yang dikongsi dapat membawa keberkatan kepada semua.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.