Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Tragedi di Sekolah Milestone, Dhaka Akibat Nahas Jet Pejuang

IDRUS, Husna Najwa
22 Jul 2025, 10:30 AM

tragedi di sekolah milestone, dhaka akibat nahas jet pejuang

Foto: AFP

Dhaka, ibu negara Bangladesh, digegarkan dengan satu tragedi memilukan pada pagi Isnin apabila sebuah jet pejuang F-7 BJI buatan China terhempas ke Sekolah dan Kolej Milestone, membunuh sekurang-kurangnya 20 orang termasuk juruterbang dan mencederakan lebih 170 yang lain. Dalam sekelip mata, suasana riuh sekolah bertukar menjadi lokasi bencana yang penuh tangisan dan kelam kabut.

Kebanyakan mangsa merupakan pelajar berusia antara lapan hingga 14 tahun yang baru sahaja meninggalkan kelas untuk berehat di taman permainan. Seorang pelajar berusia 18 tahun, Shafiur Rahman Shafi, menceritakan bagaimana suasana aman tiba-tiba bertukar panik.

“Terdapat dua pesawat pejuang. Tiba-tiba satu daripadanya terhempas. Ia menyebabkan letupan besar dan terasa seperti gempa bumi,” katanya kepada wartawan AFP.

Selepas letupan itu, api marak membakar sebahagian bangunan sekolah, manakala asap tebal memenuhi udara. Anggota bomba dan tentera bergegas ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran dan menyelamatkan mangsa.

Di hospital, suasana diselubungi pilu. Saudara-mara yang cemas memenuhi lorong-lorong sambil mencari ahli keluarga tersayang. Sukarelawan turut beratur dan sentiasa bersedia untuk menderma darah kepada mangsa yang cedera.

Tofazzal Hossain, 30, tidak dapat menahan air mata apabila mendapat tahu bahawa sepupu mudanya yang merupakan pelajar tingkatan lapan telah terkorban.

“Kami dengan tergesa-gesa mencari sepupu saya di hospital berbeza. Akhirnya, kami menemui mayatnya,” luah Hossain dalam nada sebak.

Tentera Bangladesh mengesahkan bahawa jet pejuang itu sedang melakukan misi latihan rutin apabila ia mengalami kegagalan mekanikal. Juruterbang cuba sebaik mungkin mengelakkan kawasan padat penduduk, tetapi akhirnya pesawat itu terhempas ke dalam bangunan dua tingkat sekolah tersebut.

“Punca sebenar masih dalam siasatan,” kata pihak tentera dalam satu kenyataan.

Tragedi ini menjadi nahas penerbangan paling buruk di Bangladesh dalam beberapa dekad, mengingatkan kembali rakyat kepada insiden tragis pada tahun 1984 apabila sebuah pesawat yang terbang dari Chattogram ke Dhaka terhempas dan mengorbankan 49 orang.

Sebagai tanda simpati dan penghormatan, kerajaan sementara yang dipimpin oleh Muhammad Yunus mengisytiharkan hari Selasa sebagai hari berkabung nasional. Bendera separuh tiang dinaikkan di sekolah dan pejabat kerajaan, manakala doa diadakan di seluruh negara untuk mangsa yang terkorban.

Sumber: AFP

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us