Siapa yang tak bertuah kalau setiap bulan dapat gaji selesa dengan hanya duduk sahaja atas sofa empuk? Seorang wanita yang baru berusia 26 tahun ni menganggap dirinya sangat bertuah apabila dipilih sebagai penguji sofa.
Anna Cherdantseba yang berasal dari Ufa, Republik Bashkortostan di Russia menghabiskan masa 10 jam sehari untuk uji sofa baru yang dikeluarkan syarikat perabot terkenal di Russia, MZ5 Group. Bukan itu sahaja, Anna juga perlu menguji keselesaan dan keselamatan sofa itu juga.
“Kami memilih calon dalam beberapa peringkat. Selepas menyenarai pendek senarai pemohon, tujuh dipanggil untuk temuduga dan Anna, pakar pemasaran, terbukti paling layak untuk memegang jawatan berkenaan,” kata jurucakap MZ5 Group.
Anna kini memulakan pekerjaannya dengan gaji permulaan sebanyak RM 4,400 sebulan untuk tiga bulan pertama.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.