Musim panas masa kini mungkin menjadi punca seekor ular sawa seberat 26 kg mencari tempat perlindungan. Ular berkenaan didapati menyelinap masuk ke sebuah rumah tingkat Flat PPR di Kuala Terengganu pada awal pagi Rabu.
Dalam kejadian, Nur Alia Aqilla Jamaluddin, 18, didapati sedang tidur disebuah bilik sebelum menyedari kehadiran ular tersebut. Menyedari ada objek merayap dan melingkar dilehernya, remaja berkenaan segera menyelamatkan diri dan meninggalkan tempat tidurnya.
“Ada benda yang belit-belit dekat tengkuk saya ni, macam benda lembik-lembik. Saya tidak tahu pula itu rupanya ular. Lepas itu saya bangun tengok ular, sebab dia belit dah, lidah dia dah dekat tengkuk saya ini,”
Ibu saudara gadis berkenaan segera menghubungi bomba dan berjaya mengesan ular sawa batik itu pada bawah katil. Rata-rata penduduk setempat pelik bagaimana ular berukuran 3.3 meter itu boleh naik pada ketinggian berkenaan.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.