Seekor unta bernama Roshan ditugaskan untuk membawa pelbagai buku untuk diberikan kepada kanak-kanak yang tinggal di kawasan pendalaman, selatan Pakistan.

Akibat pandemik COVID-19, semua sekolah di Pakistan diarah tutup sejak tahun lalu dan kanak-kanak di sini tiada akses internet untuk belajar di rumah mereka.
Kanak-kanak yang tinggal di kawasan tersebut hanya bergantung di sekolah sahaja kerana jalan masuk ke kawasan mereka sangat mencabar kerana tiada jalan raya.

Lebih mengujakan, kehadiran seekor unta bernama Roshan membuat kanak-kanak ini teruja dan tersenyum setelah membawa sejumlah buku untuk mereka.
Raheema Jalal seorang pengetua sekolah di sini telah menubuhkan Projek Perpustakaan Unta khas untuk murid-murid di kawasan tersebut bagi memperoleh sumber pendidikan di rumah.

Malah, dua buah badan bukan kerajaan Female Education Trust dan Alif Laila Book Bus Society telah bekerjasama dengannya bagi menjayakan inisiatif ini.
Roshan akan membawa buku-buku ini ke empat buah kampung di sekitar daerah Kech sebanyak tiga kali seminggu supaya kanak-kanak ini dapat membaca dan meminjam buku kegemaran mereka.

“Saya suka buku yang ada gambar sebab bila saya lihat gambar itu saya boleh faham jalan cerita itu dengan lebih jelas,” kata Ambareen Imran salah seorang kanak-kanak di situ.
Raheema Jalal berharap kehadiran Roshan dapat memberi semangat kepada kanak-kanak ini dalam menimba ilmu walaupun wabak COVID-19 sedang melanda.
Sumber: Reuters
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.