Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat penambahan kes baharu sebanyak 40 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 meningkat kepada 6,819 kes setakat 14 Mei 2020.
Sebanyak 1,356 kes merupakan kes aktif, 16 pesakit kini masih menerima rawatan di ICU dan 4 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan terdapat satu (1) kematian COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kekal kepada 112 orang setakat ini.
Manakala penambahan pesakit pulih turut dilaporkan hari ini sebanyak 70 kes menjadikan jumlah kes pulih dan discaj di Malaysia meningkat kepada 5,351. Kadar kesembuhan kini adalah 78.47%
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.