Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat penambahan kes baharu sebanyak 31 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 meningkat kepada 7,009 kes setakat 20 Mei 2020.
Sebanyak 1,189 kes merupakan kes aktif, 11 pesakit kini masih menerima rawatan di ICU dan 7 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
KKM turut dimaklumkan bahawa terdapat tiada kes kematian COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kekal kepada 114 orang setakat ini.
Manakala penambahan pesakit pulih turut dilaporkan hari ini sebanyak 60 kes menjadikan jumlah kes pulih dan discaj di Malaysia meningkat kepada 5,706. Kadar kesembuhan kini adalah 81.4%
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.