Baru-baru ini, hujan lebat melanda beberapa kawasan di Lembah Klang pada lewat petang pastinya memberi kesan terutamanya kepada peniaga bazar Ramadan.
Dugaan yang dihadapi mereka pastinya lebih terasa apabila modal yang dikeluarkan lebur begitu sahaja.
Pendakwah dan usahawan, Ustaz Ebit Lew dikenali dengan sikapnya yang suka membantu golongan memerlukan.
Dalam kejadian pada petang semalam, Ustaz Ebit Lew turun padang membantu peniaga bazar Ramadan di Wangsa Maju yang terjejas akibat ribut dan hujan lebat.
"Sebak sayu rasa hati semalam bila tengok khemah makcik jual Yong Tau Fu di Wangsa Maju runtuh rosak diterbangkan angin waktu hujan ribut kuat semalam.
"Baru hari pertama berniaga. Semuanya rosak. Dekat RM800 juga semuanya modal,” katanya.
Menurut hantaran di akaun Instagramnya, Ebit Lew merasakan berat sekali ujian yang dilalui peniaga di situ kerana ia sumber rezeki mereka.
Tanpa berfikir panjang, Ebit Lew telah membeli tujuh buah khemah baharu untuk para peniaga di bazar itu, selain memberi duit belanja kepada mereka.
"Betapa besar harapan seorang peniaga menanti bazar Ramadan ini. Dengan nak dapat tapak. Ramai yang nak masuk.
"Dengan keadaan COVID-19 sekarang. Allahuakbar.
"Saya borong dekat tiga kedai tadi. Beli makanan mereka dengan bekas-bekas saya pinjam dahulu sebab nak jamu orang buka puasa.
"Melihat senyuman mereka buat saya gembira. Ada ibu tunggal. Ada bawa anak tolong berniaga," ujarnya lagi.
Sumber: Instagram Ebit Lew
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.