Seorang guru sekolah agama didakwa atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang murid perempuan.
Namun, dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru hari ini atas tujuh pertuduhan tersebut.
Tertuduh, Mohd. Zulkarnain Mohd. Zin, 34, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun pada 2023 dan juga 15 tahun pada tahun ini tanpa kerelaan remaja tersebut.
Perbuatan itu dilakukan dalam bilik stor sebuah sekolah agama di Skudai pada pukul 3.30 hingga 4.30 petang, Disember 2023 hingga Ogos lalu.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.