Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sah meluluskan penggunaan vaksin CoronaVac keluaran syarikat China, Sinovac.
Vaksin kedua keluaran China ini mendapat lampu hijau dari WHO selepas Sinopharm diluluskan.
Kini, lebih lapan vaksin COVID-19 sudah menerima kelulusan WHO untuk penggunaan kecemasan.
Menurut Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, bagi menjamin akses sama rata kepada vaksin, ini juga akan membuka jalan bagi Sinopharm digunakan dalam inisiatif Covax.
“Saya mahu mengumumkan Sinovac-CoronaVac sudah mendapat kelulusan WHO untuk penggunaan kecemasan, selepas didapati selamat, berkesan dan berkualiti.
“Tambahan pula keperluan penyimpanannya adalah lebih mudah. Dengan ini sejumlah lapan vaksin sudah menerima kelulusan kecemasan dari WHO,” katanya.
Malah, vaksin Sinovac sudah digunakan di beberapa negara dan ia disarankan untuk mereka berusia lebih 18 tahun, dengan dua dos dan jarak masa empat minggu.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.