Serangan bertubi-tubi termasuk serangan udara terbaharu tentera Israel telah mengakibatkan enam orang terkorban di semenanjung Gaza pada Rabu.
Mangsa korban tersebut juga terdiri daripada seorang wartawan dari stesen radio Al-Aqsa.
Dakwaan tentera Israel telah memberi amaran sebelum serangan udara berlaku dinafikan dan ditolak bapa kepada wartawan tersebut.
Setakat ini, lonjakan angka korban rakyat Palestin kepada sekurang-kurangnya 219 orang, termasuk 63 kanak-kanak dan 36 wanita.
Malah, lebih 1,530 orang juga cedera akibat serangan udara rejim Zionis.
Menurut Hamas dan beberapa kumpulan pejuang, sekurang-kurangnya 20 anggota mereka turut terkorban.
Serangan ini bermula dan dilancarkan setelah puluhan keluarga Palestin diugut supaya meninggalkan kediaman mereka di kawasan perumahan Sheikh Jarrah 10 Mei lalu.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.