Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

fashionista

Bakal Berkahwin? Ni 10 Barangan Hantaran Bertema Islamik Yang Unik

Bolehlah cari idea hantaran yang sesuai.
Editor
05 Oct 2021, 12:07 AM

bakal berkahwin? ni 10 barangan hantaran bertema islamik yang unik

Kredit: @rent_her_wedding/Instagram & Shopee

Anda bakal melangkah ke alam perkahwinan? Tahniah! Semoga perkahwinan anda diberkati. Bukan senang nak berkahwin ni. Dari mula-mula nak cari bakal pasangan dengan ciri-ciri yang diingini, hingga merancang dan menguruskan majlis perkahwinan, memang pening dibuatnya!

Tapi ia suatu pengalaman indah yang boleh dijadikan kenangan. Jika anda tiada idea apa yang mahu diberikan bagi hantaran perkahwinan, mungkin anda berminat dengan 10 barangan bertema Islamik ni yang unik, cantik, dan praktikal:

#1 Set Al-Quran berbentuk Kaabah (RM150)

bakal berkahwin? ni 10 barangan hantaran bertema islamik yang unik

Kredit: Shopee

Set al-Quran ni termasuk kotak menyimpan al-Quran berbentuk Kaabah, sebuah al-Quran, dan seutas tasbih.

#2 Rehal kayu dengan ukiran unik (RM12.80)

bakal berkahwin? ni 10 barangan hantaran bertema islamik yang unik

Kredit: Shopee

Bukan sahaja digunakan untuk membaca al-Quran tetapi rehal ini boleh juga dijadikan hiasan.

#3 Al-Quran digital (RM199)

bakal berkahwin? ni 10 barangan hantaran bertema islamik yang unik

Kredit: Shopee

Jika pasangan anda masih kurang mahir membaca al-Quran atau merupakan seorang mualaf, al-Quran digital ni mungkin boleh membantu. Ia telah diluluskan JAKIM dan KDN serta memaparkan beberapa panduan, terjemahan dan perakam bagi sebutan dan bacaan yang sempurna.

#4 Jam loceng digital dengan laungan Azan (RM192)

bakal berkahwin? ni 10 barangan hantaran bertema islamik yang unik

Kredit: Shopee

Jam ini boleh membantu anda solat tepat pada waktunya, tak kira di mana pun lokasi anda berada di dunia ni. Ia juga boleh menentukan arah kiblat dan memaparkan kalendar Hijrah atau Gregorian serta bacaan suhu (selsius).

#5 Speaker bacaan al-Quran bluetooth tanpa wayar (RM58.04)

bakal berkahwin? ni 10 barangan hantaran bertema islamik yang unik

Kredit: Shopee

Ingin tenangkan diri? Dengarkan bacaan al-Quran daripada speaker berbentuk bulan yang boleh berubah warna ini. Terdapat 28 pilihan qari dan 35 terjemahan bahasa.

#6 Set telekung wanita (RM45)

bakal berkahwin? ni 10 barangan hantaran bertema islamik yang unik

Kredit: Shopee

Pihak lelaki bolehlah bagi set telekung wanita ni yang memaparkan corak bunga-bunga, siap dengan gift box sekali.

#7 Set jubah sedondon untuk pasangan (RM110)

bakal berkahwin? ni 10 barangan hantaran bertema islamik yang unik

Kredit: Shopee

Pihak lelaki atau perempuan boleh hadiahkan set jubah pasangan yang sedondon ni. Terdapat tiga pilihan warna, iaitu maroon, hijau, dan biru.

#8 Speaker bacaan al-Quran dengan aromaterapi, aplikasi mudah alih dan alat kawalan jauh (RM100)

bakal berkahwin? ni 10 barangan hantaran bertema islamik yang unik

Kredit: Shopee

Tenangnya mendengar bacaan ayat suci yang indah sambil menghidu bau aromaterapi yang menyegarkan. Speaker yang boleh berubah warna ini didatangkan dengan alat kawalan jauh dan tiga botol minyak pati untuk aromaterapi.

#9 Penanda al-Quran (RM15)

bakal berkahwin? ni 10 barangan hantaran bertema islamik yang unik

Kredit: Shopee

Mudahkan rutin membaca Al-Quran dengan penanda yang cantik ni. Tak perlulah anda lipat bahagian hujung al-Quran lagi lepas ni.

#10 Hiasan kristal berbentuk masjid bermenara (RM86.99)

bakal berkahwin? ni 10 barangan hantaran bertema islamik yang unik

Kredit: Shopee

Hiasan kristal berbentuk masjid bermenara seberat 650 gram ini boleh mencantikkan lagi rumah baru yang bakal diduduki anda dan pasangan. Selain boleh dijadikan penyeri meja kopi, boleh juga disusun di atas almari di ruang tamu.

Rasa-rasa mana satu yang anda ingin berikan sebagai hadiah hantaran buat si dia? Semoga perkahwinan anda kekal hingga ke Jannah!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}