Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

fashionista

Tip Penjagaan Beg Kulit Yang Mudah Buat Pencinta Beg Kulit

Nak beg kulit tahan bertahun-tahun kena jaga dengan teliti.
Dayana Sobri
10 Mar 2021, 09:49 AM

tip penjagaan beg kulit yang mudah buat pencinta beg kulit

Kredit: topntp26/Freepik

Sebut je pasal beg kulit, mesti dah terbayang beg-beg berjenama dan mahal, macam Bally, Bvlgari, atau Hermes. Beg kulit yang asli dan berkualiti tinggi boleh mencecah ribuan ringgit. Tapi tak semua beg kulit yang asli mahal gila sampai anda dah boleh beli rumah. Ada je yang mampu milik.

Buat anda yang ada beg kulit asli yang sederhana mahal, anda still kena jaga dengan penuh teliti walaupun ia berkualiti tinggi, sebab beg kulit ni sensitif sikit dengan persekitarannya. Kalau tak bagi perhatian nanti dia ‘merajuk’. Ok, ni cara nak jaga beg kulit yang senang gila:

#1 Guna produk pembersih khusus untuk beg kulit

Produk pembersih khas untuk kulit boleh digunakan. Tapi, elakkan pembersihan yang berlebihan dengan bahan kimia kerana ia boleh merosakkan. Ikuti arahan penggunaan yang ada.

Selain tu, jenis kulit yang berbeza akan bertindak balas secara berbeza bergantung kepada bahan kimia dalam produk penjagaan beg kulit yang digunakan. So make sure produk yang anda guna tu sesuai dengan jenis kulit beg anda.

#2 Simpan beg kulit di bilik yang sejuk dengan aliran udara yang baik

Sama seperti kulit manusia, beg kulit memerlukan sedikit pengudaraan untuk mencegah kulat dan bau hapak. Simpankan ia di ruangan dengan aliran udara yang baik dan kelembapan rendah. Kelembapan yang tinggi boleh menyebabkan kulat pada beg kulit. Keluarkan beg beberapa minggu sekali untuk mengelakkan kulat tumbuh.

#3 Jauhkan dari sinaran matahari

Jangan simpan beg kulit yang boleh terkena sinaran cahaya matahari secara langsung, sebab ia boleh mengeringkan dan seterusnya mengecutkan beg.

#4 Jangan simpan beg kulit dalam plastik

Beg kulit pun perlu bernafas, so penyimpanan beg kulit dalam bekas plastik tak digalakkan sebab ia boleh menyebabkan penambahan kelembapan, kulat, atau perubahan warna. Simpan beg anda dalam dustbag atau beg cotton yang boleh salurkan udara.

Ingat semua tips ni tau kalau anda sayang beg kulit anda tu. Kalau pandai jaga, ia boleh tahan bertahun lamanya. Bolehlah anda jimat duit dan tak perlu beli beg baru setiap kali beg lama rosak.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}