Mesti ramai yang tertanya-tanya, apa hukum sebenar akan seorang wanita memakai pewarna kuku, kan? Memandangkan sekarang sudah menjadi satu trend bagi seseorang wanita itu mewarna kukunya.
Menurut Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil, hukumnya adalah harus dan tidak salah. Ini kerana mewarnakan kuku adalah sebahagian daripada kecantikkan yang dikhususkan untuk kaum wanita. Zaman wanita dahulu, mereka menggunakan inai.
Walaubagaimanapun, warna yang digunakan haruslah sederhana dan tidak terlalu terang. Sekiranya bahan yang digunakan tidak mesra air, maka wajib bagi mereka untuk menanggalkannya sebelum menyempurnakan wuduk untuk bersolat.
Sumber: Ustaz Ahmad Fauwz Fadzil, Buku Celik Fiqah 24/7, muka surat 90-91, Telaga Biru.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.