Negeri Kelantan sememangnya cukup terkenal dengan aneka makanan yang sedap dan kuih-muih yang manis. Jika berkunjung ke negeri ini, lokasi yang wajib dituju semestinya di pasar-pasar tradisional atau pasar-pasar kampung yang ada di setiap daerah.
Makanan-makanan ni ada diantaranya mempunyai nama yang pelik dan menggerikan. Tapi rasanya sangat sedap.
- Kuih kator
Kuih tradisional ini semakin jarang dijumpai. Kuih ini dihasilkan dari tepung beras dan dimakan bersama air gula melaka. Biasanya kuih kator ini ditabur dengan kepala parut serta beras pulut goreng sebelum dimakan. Lebih istimewa kuih ini menggunakan gambir sebagai bahan pewarna serta memberikan rasa yang unik. Memang sedap!
- Asam gumpal
Dibuat menggunakan sagu mata ikan, dimasukkan inti dan dimasak pula dalam kuah santan manis. Kuih Asam Gumpal menjadi pilihan orang ramai terutama sekali pada bulan Ramadhan.
- Nasi tumpang
Biasanya kita dengar Nasi Kerabu dan Nasi Dagang dari negeri Kelantan tapi anda boleh cuba pula Nasi Tumpang. Hidangan yang biasanya dinikmati pada waktu pagi sebgai sarapan. Ia adalah nasi putih yang dimasak sedikit lembik, kemudiannya dimasukkan ke dalam kelongsong daun pisang dan dilapisi dengan pelbagai jenis lauk seperti gulai ikan, telur dadar, sambal udang, serunding dan sebagainya. Sedapnya! Lapar la pula.
- Lawar
Lawar merupakan hidangan sampingan yang dihasilkan dari ikan mentah yang dimasak menggunkan jus limau nipis. Ia kemudiannya digaul dengan pelbagai jenis ulam dan dimakan dengan nasi. Sedap sangat! Tak tipu.
- Nekbat
Ini merupakan kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras dan telur. Rupanya seakan-akan kuih bahulu namun rasanya tawar. Nekbat perlu dimasak bersama air gula terlebih dahulu untuk lebih dinikmati.
Sumber: Rasa
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.