HIASAN MAKANAN KANAK-KANAK
Anak susah makan? Kita suap, dia asyik lari. Biasakah berlaku kejadian seperti ini? Penat jadinya.
RISAU TENTANG ANAK
Acapkali perkara begini menjadi satu kerungsingan pada ibu-ibu diluar sana. Jika tidak diberikan makanan, takut perut anak masuk angin. Namun, bukannya ibu tidak mahu berikan makanan, tetapi anak itu sendiri yang tidak mahu diberikan makanan. Ya, agak rumit. Hanya yang pernah merasainya akan mengetahui betapa sukarnya keadaan ini.
MAKANAN BERKHASIAT
Memang agak payah untuk menguruskan anak yang susah mahu makan sehingga boleh jatuh sakit lagi-lagi makanan berkhasiat. Kalau gula-gula atau aiskrim, tidak perlu disuruh pun. Lumrah kanak-kanak sukakan makanan manis. Tambahan yang berumur 3-6 tahun yang sudah pandai memprotes dan memberontak. Kadang-kadang, terpaksa memaksa, buat helah dan menipu supaya mereka makan. Tapi, cara sebenar untuk pastikan anak-anak makan bukanlah dengan paksaan. Lebih baik kalau secara berterusan dan kreatif.
Kadang-kadang kanak-kanak tidak mahu makan makanan yang sama. Apa kita ambil pendekatan yang sedikit berlainan, dengan menghias makanan tersebut? Pasti anak-anak akan teruja.
Semoga gambar-gambar di bawah ini bakal memberi sedikit idea dan inspirasi.







Sumber: hellowonderful.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.