Bila pergi restoran western yang jual milkshake tu, kadang-kala teringin juga. Tapi bila tengok harga, tiba-tiba tak jadi. Jadi, apa kata buat kat rumah saja! Boleh buat dalam kuantiti yang banyak dan boleh minum sepuas.

Bahan-bahan diperlukan:
2 cawan fresh milk
2-3 cawan vanilla ice cream
4 pieces ferrero rocher / 1 snickers bar / nutella / chocolate yang digemari ikut personal preference atau nak lagi senang Hershey’s Chocolate Syrup
kalau suka pisang, boleh tambah pisang, lagi sedap
Topping : - whipped cream atau chocolate sauce (ikut selera masing-masing, kalau tak nak tak mengapa)


Cara menyediakan dan memasak:
- Blend chocolate dengan susu
- Masukkan vanilla ice cream dan blend, kalau milkshake terlampau pekat boleh tambah susu. Ataupun kalau nak lagi pekat, boleh tambah ice cream.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.