Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

foodie

Jangan salah pilih juadah berbuka, jom semak makanan seimbang penuh nutrisi

Jangan salah pilih juadah berbuka, jom semak makanan seimbang penuh nutrisi
raja muhammad faiz
07 Apr 2022, 07:15 AM

Jangan salah pilih juadah berbuka, jom semak makanan seimbang penuh nutrisi

Selama di bulan Ramadhan, tubuh lebih berisiko mengalami dehidrasi dan bagi mencegah hal tersebut, pastinya kita perlu bijak memilih menu makanan agar tubuh sihat dan bertenaga.

KUALA LUMPUR: SEPANJANG bulan Ramadan, tubuh manusia lebih berisiko mengalami dehidrasi dan bagi mencegah hal tersebut, pastinya kita perlu bijak memilih menu makanan yang sepatutnya kaya nutrisi karbohidrat, serat dan protein agar tubuh tetap sihat dan bertenaga.

Apa yang harus anda ketahui ialah, salah memilih hidangan berbuka puasa mampu menganggu kesihatan kita.

Sebetulnya, ada banyak pilihan makanan yang baik untuk kesihatan ketika di bulan puasa, namun, ia kurang diambil perhatian.

1. Pilih menu dengan gizi seimbang

 

Menu dengan gizi seimbang menggabungkan beberapa jenis makanan utama seperti buah-buahan, sayur-sayuran, telur, ayam, ikan, tauhu, produk olahan susu dan makanan yang tinggi karbohaidrat.

2. Hindari jenis makanan tertentu

Hindari minuman dan makanan yang mengandung tinggi gula dan lemak serta makanan bergoreng. Ini kerana jenis makanan tersebut dapat membuat tubuh badan mudah menjadi lesu dan tidak barmaya ketika berpuasa keesokan harinya.

Selain itu, hindari juga minuman berkafein seperti teh, kopi, dan minuman bersoda dan minuman bersifat diuretik yang merangsang keluarnya air lebih cepat melalui kencing sehingga tubuh mudah mengalami dehidrasi.

3. Perhatikan cara mengolah makanan

Amalkan pemakanan yang sihat dengan cara dipanggang, dikukus, atau direbus. Jika anda harus menggoreng, sebaiknya gunakan minyak canola dan soya yang mengandungi kandungan minyak tepu yang kurang daripada minyak masak biasa.

4. Minum lapan gelas air putih

Minum cukup air putih sebanyak lapan gelas sehari untuk membuat anda tetap segar dan terhidrasi selama berpuasa.

Banyakkan minum air putih saat sahur dan berbuka puasa.

Seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), contohnya, segelas air setiap selepas bangun sahur, selepas makan sahur, selepas azan Maghrib, selepas solat Maghrib, selepas berbuka, selepas solat Isyak, selepas berterawih dan sebelum tidur.

5. Barli

Barli adalah minuman paling sesuai untuk menyejukkan badan dan membantu mengawal kandungan glukosa dalam badan. Ia sesuai untuk pesakit diabetes malah barli dikatakan ubat penyakit jantung dan buah pinggang.

6. Susu

Susu mengandungi kalsium dan protein yang sangat tinggi. Kalsium zat paling penting untuk tulang manakala protein memberi tenaga.

Minum susu juga boleh mengurangkan kepanasan jantung dan menguatkan belakang dan juga otak.

7. Jus buah atau air kelapa

Selepas seharian berpuasa, tubuh anda akan kekurangan glukosa. Untuk mengembalikan glukosa ke tahap normal, anda boleh mengambil jus buah kegemaran anda yang segar dan bukan daripada kordial sebelum anda menjamah makanan berbuka.

Air kelapa yang segar juga boleh menghidrat dan mengembalikan elektrolit yang hilang di siang hari.

8. Madu

Madu mengandungi flavonoid dan antioksida yang tinggi dan boleh bertindak sebagai pemanis semula jadi. Ia juga boleh menambahkan tenaga.

9. Kurma

Kandungan lemak sangat rendah, kaya dengan vitamin dan mineral serta sumber terbaik untuk serat makanan bagi memberi tenaga, lebih-lebih lagi ketika berpuasa.

Selain itu, anda jua boleh memilih buah-buahan kering lain seperti aprikot, kismis, buah tin serta buah kering yang mengandung serat dan nutrisi lain.

10. Buah-buahan dan sayur-sayuran

Sayur-sayuran seperti labu, brokoli, saderi, asparagus dan bunga kubis adalah pilihan yang baik untuk berbuka puasa.

Ia rendah asid dan boleh mengawal gejala ketidakhadaman, asid refluks atau sakit gastrik yang anda mungkin alami.

Elakkan pengambilan buah-buahan sitrus kerana ia berasid dan boleh menjadikan masalah penghadaman lebih teruk. Ambil pisang, tembikai atau tembikai susu kerana ia lebih lembut dan tidak akan mengakibatkan sakit perut.

11. Sup, stew dan bubur

Makanan jenis ini amat sesuai dimakan selepas seharian berpuasa kerana air rebusan dan sup sangat senang dihadam perut. Anda boleh mencuba stew daging atau sup sayuran dan tambahkan dengan pelbagai jenis kekacang dan lentil atau pasta untuk zat makanan.

Sup juga merupakan satu cara untuk menambah pengambilan cecair sebagai tambahan kepada air atau jus. Semestinya bubur lambuk adalah pilihan yang sangat popular!

12. Snek cara sihat

Anda mungkin terasa seperti mahu makan lebih daripada biasa atau mula mengidamkan snek manis dan masin.

Pastikan anda mengekalkan bahagian makan malam seperti biasa dan ambil pemanis mulut atau snek dalam kuantiti sedikit selepas berbuka.

Anda boleh mengambil satu atau dua cawan buah-buahan, smoothie atau yogurt.

Ini adalah pilihan bernutrisi yang mengenyangkan dan boleh mengurangkan risiko masalah penghadaman dan penambahan berat badan.

Elakkan makanan masin, pedas atau bergoreng sebelum tidur.

 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}