Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

foodie

Rahsia Sebalik Kuah Lodeh Yang Enak Dan Power, Guna Kulit Udang Baru Rasa Kaw!

Hidangan lontong semua bergantung kepada kuah lodeh yang power!
Editor
08 Nov 2021, 10:53 AM

Kuah lodeh adalah sup sayur yang berasal dari Jawa, hidangan yang lebih dikenali sebagai lontong yang dihidangkan dengan nasi impit dan kuah lodeh yang lazat dan penuh rasa lemak.

rahsia sebalik kuah lodeh yang enak dan power, guna kulit udang baru rasa kaw!

Hidangan ini sememangnya sangat lazat dan paling digemari sebagai sarapan pagi mahupun juadah di pagi raya. Lagi-lagi bila dihidangkan bila sup masih panas. Jadi ini resepi sebalik kuah lodeh yang power!

Bahan-bahan:

rahsia sebalik kuah lodeh yang enak dan power, guna kulit udang baru rasa kaw!

200g udang, dikupas (kaki dan bahagian tajam dibuang) dan dibuang urat, kulit disimpan tepi

200g pedal, dipotong nipis

300g daging lembu berlemak, dicincang besar

200g udang kering, direndam

50g foo chok, direndam kemudian dipotong 3cm x 6cm besar

250g taukwa

360g tempe, dipotong kiub 2cm

50g soh hoon, direndam

16g daun kunyit (kira-kira 1 daun), diikat

30g serai, akar sahaja

17g kunyit

25g lengkuas

185g bawang kecil

40g bawang putih, dihiris nipis

220g kacang panjang, dikoyak 3cm panjang

275g lobak merah (kira-kira 2 lobak merah), dipotong baton 3cm panjang

40g cili hijau (kira-kira 2 cili besar), dihiris nipis

250g kubis (kira-kira ½ kubis), dipotong keping 3cm x 3cm

500g labu jambu (English gourd), dikupas dan dipotong kiub 2cm hingga 3cm besar

1 kg santan

1 liter stok daging lembu

3 cawan minyak masak + tambahan

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil gula

Untuk hidangan 5-7 orang

Penyediaan

1. Potong dan sediakan semua bahan-bahan di atas.

rahsia sebalik kuah lodeh yang enak dan power, guna kulit udang baru rasa kaw!

2. Kisar separuh serai dengan bawang kecil hingga halus.

3. Kisar baki serai, kunyit dan lengkuas hingga halus. Tambah sedikit air untuk membantu proses pengisaran jika diperlukan.

4. Kisar udang kering sehingga halus.

5. Dalam kuali, panaskan 2 cawan minyak masak. Bila minyak telah mencapai suhu 180°C hingga 200°C, goreng tempe sehingga perang keemasan. Setelah siap, alihkan tempe ke penapis dilapit dengan tuala dapur untuk menyerap minyak berlebihan.

6. Goreng taukwa seperti di atas. Setelah minyak diserap, potong taukwa goreng secara kiub sebesar 2cm.

7. Potong kulit udang menjadi kepingan kecil. Dengan api tinggi, panaskan kuali kecil dan masukkan kulit udang. Tuang minyak masak hingga ia hampir, tetapi tidak menutupi, kulit udang. Bila kulit udang mula goreng, biar ia goreng selama 5 minit untuk memperisa minyak. Tapis minyak ke dalam mangkuk berasingan. Buang kulit udang.

rahsia sebalik kuah lodeh yang enak dan power, guna kulit udang baru rasa kaw!

 Kaedah

1. Dalam periuk besar, panaskan 1 cawan minyak masak dan minyak kulit udang pada suhu api tinggi. Masukkan campuran bawang dan kunyit yang dikisar, bawang putih dan udang kering yang telah dikisar dan tumis sehingga wangi. Anda mahu campuran ini sedalam 2cm hingga 3cm dari pangkal periuk yang anda gunakan.

2. Masukkan daging dan pedal dan kacau sehingga daging masak.

rahsia sebalik kuah lodeh yang enak dan power, guna kulit udang baru rasa kaw!

3. Masukkan stok daging lembu dan daun kunyit. Masak sehingga mendidih. Buang daun kunyit.

4. Masukkan lobak merah, tutup periuk dan masak selama 5 minit.

rahsia sebalik kuah lodeh yang enak dan power, guna kulit udang baru rasa kaw!

5. Seterusnya, masukkan labu, tutup dan masak untuk 5 minit lagi.

6. Masukkan kacang panjang, tutup periuk dan masak selama 5 minit.

rahsia sebalik kuah lodeh yang enak dan power, guna kulit udang baru rasa kaw!

7. Kemudian, masukkan kubis, cili dan udang. Kacau.

rahsia sebalik kuah lodeh yang enak dan power, guna kulit udang baru rasa kaw!

Tips tambahan

1. Hidang lodeh dengan nasi atau nasi impit. Lodeh juga sedap dimakan bersama serunding daging atau ayam, rendang daging dan kuah kacang, terutamanya pada Hari Raya.

2. Jika ia susah untuk anda dapatkan santan segar, santan di dalam tin atau kotak juga boleh digunakan.

Selamat memasak kuah lodeh yang power ya!

Sumber: Butter Kicap

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}