Kalau korang tengok animasi Mr Bean dulu, mesti akan terliur atau berangan nak makan kek coklat yang Mr. Bean curi dari Mrs. Julia Wicklet. Betul tak?
Kadang-kadang tercari-cari kat mana la boleh dapat kek coklat ala-ala dalam animasi Mr Bean tu. Tak perlu cari jauh-jauh! Kek ni dah boleh buat sendiri. Haaaa ni ada resepi dan cara nak buat kek coklat ni!
Kek
260 gram tepung serbaguna
50 gram serbuk koko
8 gram baking soda
1/2 sudu teh garam
200 gram gula kastor
180ml buttermilk
160ml minyak sayuran
85 gram sour cream atau plain yogurt
3 eggs (Gred A atau B)
250ml kopi (panas)
1 sudu teh vanila
*Tips*
- buttermilk boleh digantikan dengan (180ml milk + 1 tbsp lemon juice atau 180ml milk + 1 tbsp white vinegar)
- sour cream boleh digantikan dengan plain natural yogurt/greek yogurt
- kopi panas: secawan air panas + 1 tbsp serbuk kopi
- kopi adalah untuk meningkatkan rasa coklat (takkan rasa sangat kopi tu)
- sila simpan kek di dalam peti sejuk, kira-kira 30 minit sebelum sapukan lapisan ganache kemudian sapukan dengan coklat putih ganache
Chocolate Ganache Frosting
240 gram dark chocolate
30 gram butter
80ml whipping cream
Chocolate Ganache Glaze
90 gram white chocolate
10 gram dark chocolate
50ml whipping cream
Cara penyediaan:
Chocolate Ganache Frosting
1. Campurkan bahan-bahan Chocolate Ganache Frosting dan panaskan dalam microwave selama 1 minit. Kemudian, keluarkan dan gaul. Selepas itu, masukkan ke dalam microwave semula selama 1 minit.
2. Tutupkan dengan plastik dan sejukkan pada suhu bilik selama 1-2 jam.
Kek
1. Sapukan butter ke atas permukaan loyang. Taburkan serbuk koko ke atas loyang.
2. Ayakkan semua bahan kek dan masukkan gula kastor.
3. Masukkan buttermilk, minyak sayuran dan sour cream atau plain yogurt, telur dan kopi panas, dalam adunan. Pukul sehingga rata dan masukkan dalam loyang.
4. Bakar pada suhu 170°C selama 30-35 minit.
Chocolate Ganache Glaze
1. Masukkan bahan-bahan Chocolate Ganache Glaze dan panaskan dalam microwave selama 1 minit.
2. Keluarkan dan gaul sehingga sebati.
3. Sejukkan sepenuhnya pada suhu bilik.
4. Sapukan adunan Chocolate Ganache Frosting ke atas semua permukaan kek.
5. Letakkan adunan Chocolate Ganache Glaze sebagai topping.
Haaaa tengoklah hasilnya! Sama kan! Kek nampak gebu dan moist! Sama tak dengan apa yang korang bayangkan masa kecil dulu.
Selamat mencuba!
Sumber: Instagram nahlahrsl
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.