Rasanya masam pedas sayur masih crunchy, boleh makan ratah begitu sahaja tau boleh padankan dengan daging. Macam-macam boleh buat! Kalau anda seorang yang penggemar makanan Korea, mesti akan minat makan Kimchi kan!
Yela, memang susah nak cari Kimchi di Malaysia ni. Kalau jumpa di pasaraya pun mesti ragu-ragu nak beli, fikir banyak kali halal ke tak. Jadi harap perkongsian resepi dari Nur Masyita Atiqah boleh membantu anda.
Bahan A
1 biji kubis Cina / Kubis Napa (saiz sederhana)
Setengah cawan garam
Kubis dibelah dua dan pisahkan setiap kelopak. Cuci bersih setiap kelopak dan rendam dalam larutan air garam selama 2-3 jam (ada orang buat 6-8 jam untuk bagi garam lebih meresap ke dalam kubis)
Selepas 3 jam, buang air rendaman garam tadi dan cuci semula kubis sebanyak 3 kali untuk kurangkan rasa masin. Tos kan kubis sehingga agak kering. Waktu ni kubis dah agak layu dan kenyal sedikit. Boleh rasa kubis tu untuk pastikan kubis tu dah ada rasa masin. Potong kubis dalam bite size (jangan terlalu kecil)
Bahan B (Sayuran)
1 batang Lobak Merah (hiris panjang)
1 Ikat Daun Bawang (potong dalam panjang 1-2 inci)
1 biji Buah Lai/Pear/Epal (hiris)
(Boleh tambah bahan lain seperti lobak putih)
Bahan C (Kanji/Pemekat)
3 sudu tepung pulut
2 sudu gula
1 cawan air
Bahan D (Bahan Kisar)
1 biji bawang Holland/bawang Besar
3 ulas bawang putih
1 inci setengah halia
1 biji buah Lai/Pear/Epal
5 sudu sos ikan
Kisarkan bawang, bawling putih, halia dan buah yang anda ingin digunakan, kemudian masukkan ke dalam mangkuk, baru masukkan sos ikan.
Bahan E
Serbuk Cili atau Cili Flakes (Ikut citarasa, kalau nak pedas letal banyak. Kalau tak nak pedas letak sikit saja)
Cara-cara :
- Sediakan satu mangkuk besar/besen dan senduk (kalau nak gaul guna tangan, guna sarung tangan plastik supaya tangan tak pijar).
- Masukkan bahan D dan E & gaul sehingga sebati dan menjadi pes.
- Masukkan bahan C dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan bahan B dan gaul rata. Biarkan selama 30 minit untuk pastikan sebatian bahan C, D, E meresap ke dalam bahan B.
- Selepas 30 minit, masukkan pula bahan A (kubis yang telah di-tos kering dan dipotong). Gaul rata semua bahan. Ambil sedikit dan rasa, pastikan pes kimchi ada rasa manis masin. Sis tambah 2 sudu garam sebab rasa kurang masin.
- Masukkan kimchi yang telah digaul rata tadi ke dalam bekas kedap udara. Mampatkan kimchi di dalam bekas itu supaya tiada ruang udara. Tutup bekas kimchi.
- Biarkan bekas kimchi tadi pada suhu bilik selama 1 hari bagi proses fermentasi.
- Selepas sehari, boleh buka bekas kimchi dan rasa. Tadaaaa kimchi dah siap! Selepas fermentasi ni, kimchi dah ada rasa masam dan ada rasa kimchi yang sedap
Nampak macam susah dan banyak proses kan? Tapi sebenarnya sangat senang! Nak mudah, perap kubis dulu. Dalam masa tunggu kubis tu direndam, boleh sediakan bahan-bahan lain.
Nota ringkas :
- Simpan dalam peti ais. Kimchi tahan lama dan tak basi walaupun disimpan lama. Semakin lama disimpan, semakin sedap.
- Boleh dimakan dengan mee segera, buat nasi goreng kimchi, dijadikan banchan, ataupun diratah begitu saja.
- Kalau nak buat banyak, lebihkan bahan.
- Ada orang letak cencaluk
Sumber: Nur Masyita Atiqah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.