Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

kesihatan

18 petua menghilangkan batuk bayi & kanak-kanak. untuk selsema juga!

18 petua menghilangkan batuk bayi & kanak-kanak. untuk selsema juga!
10 Jun 2022, 10:38 AM

Petua Menghilangkan Batuk

PETUA MENGHILANGKAN BATUK BAYI DAN KANAK-KANAK

Bayi dan kanak-kanak paling mudah dijangkiti batuk dan selsema. Ianya adalah normal jika anak masih aktif dan menyusu seperti biasa. Namun jika anak tiba-tiba tidak aktif, tidak mahu menyusu dan berat badannya menurun, segeralah bawa anak ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lajut. 

Kebiasaannya, doktor tidak memberi ubat batuk dan selsema jika bayi masih di bawah 6 bulan. Doktor hanya akan memberitahu bahawa ianya normal bagi bayi kerana masih ada lendir yang tidak habis dikeluarkan semasa lahir, iaitu batuk berkahak. Ia akan keluar sendiri melalui muntah atau najis. Jika diberikan pun hanya 1 ml ke 2 ml sahaja.

APA PUNCA BATUK DAN SELSEMA?

Menurut Kementerian Kesihatan, penyebab utama gejala selesema dan batuk ialah virus yang menjangkiti saluran pernafasan atas di kawasan hidung, faring (tekak) dan laring. Berdasarkan lebih daripada 100 jenis virus yang menjadi punca jangkitan, Rhinovirus dan Coronavirus merupakan virus yang kerap menyebabkan jangkitan.

Anak anda mungkin juga diserang selesema dan batuk disebabkan oleh reaksi alahan yang berpunca daripada habuk, asap, debunga, wangian dan bulu haiwan. Selain itu, faktor cuaca seperti cuaca yang terlalu panas atau sejuk serta sistem imun yang rendah akan melemahkan pertahanan badan menyebabkan badan lebih mudah dijangkiti oleh bakteria atau virus.

SELAIN UBAT, APA ALTERNATIF LAIN?

Ramai ibu bapa yang mahu mencuba alternatif lain selain mengambil ubat doktor untuk memulihkan selsema dan batuk. Ada juga yang menggunakan doa dan penawar dari ayat Al-Quran.

https://www.youtube.com/watch?v=8-eRs1Skhmc

 

BAGAIMANA MELEGAKAN BATUK DAN SELSEMA UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK?

Selain ubat dan rawatan alternatif, mungkin tips yang akan saya kongsikan ini dapat membantu anda memilih cara yang paling serasi dan sesuai untuk anak-anak anda. Boleh cuba petua menghilangkan batuk bayi dan kanak-kanak seperti di bawah ini.

1. REHATKAN ANAK DENGAN SECUKUPNYA

Jika anak tidak sihat, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk tidak membawanya keluar ke tempat awam seperti pusat membeli belah, pasar malam atau pun kenduri kerana anak akan rasa terlalu letih dan proses penyembuhan anak akan memakan masa yang lebih lama.

Bukan sahaja mudarat untuk anak kita, ianya juga akan menyebabkan virus tersebar kepada kanak-kanak lain. Jika tidak ada sebab yang memaksa kita membawa anak keluar, rehatkanlah mereka di rumah.

2. SENTIASA BERSAMA ANAK

Isilah masa bersama mereka dengan memperbanyakan sentuhan dan pelukan. Berceritalah atau cukuplah sekadar berjalan-jalan di sekeliling rumah untuk mengambil udara segar. Pantau perkembangannya dan bawa berjumpa doktor jika keadaannya bertambah teruk.

3. BERSIHKAN RUMAH, PERKAKAS JUGA PAKAIAN

Anak yang tidak sihat memerlukan perhatian yang lebih dan pemantauan berterusan. Walaupun rumah zahirnya nampak bersih, tidak salah jika kita membuat pemeriksaan dan membersihkan segala habuk serta kekotoran. Habuk-habuk seperti di kipas, perkakas kecil atau di celah-celah peralatan rumah mungkin menjadi penyebab virus yang menyerang anak. Mop lantai dengan air panas bercampur Dettol serta basuh cadar, sarung bantal dan sebagainya.

4. ALIRAN DAN PEREDARAN UDARA YANG BAIK

Petua menghilangkan batuk ini sangat penting, namun ramai yang abaikannya. Usah terperap dala bilik dan rumah sahaja. Jika anak menangis mahu aircond, abaikan buat sementara. Setiap pagi, biarkan pintu serta tingkap dibuka supaya udara dapat mengalir dengan baik. Dapatkan udara segar.

5. TEPUK PERCUSSION

Tepuk ini saya belajar dari salah seorang fisioterapi ketika anak saya dimasukkan ke wad akibat bronchitis. Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapan tangan yang melengkung.

Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak.

6. WAP BERSAMA BAWANG PUTIH DAN MINYAK ZAITUN

Samada menggunakan wap daripada semburan mandian panas di bilik air atau anda boleh masak air panas kemudian memasukkan air panas tersebut ke dalam mangkuk besar. Riba anak dengan menghadapkan mukanya kea rah mangkuk tadi. tutup kepala anak dengan napkin nipis supaya kesannya lebih baik. Wap tadi akan naik dan masuk ke dalam rongga anak.

Ia akan melancarkan pernafasan. Boleh juga masukkan bawang putih yang telah dibakar yang kemudiannya ditumbuk. Masukkan di dalam air panas tadi dan sedikit minyak zaitun. Wapkan anak seperti tadi. Inshaa Allah, selsema anak akan cepat kering dan batuknya akan lega. Ketika proses wap, lakukan tepuk percussion seperti yang disebut di atas.

7. IBU MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT

Petua menghilangkan batuk bukan untuk anak semata-mata. Bagi bayi yang menyusu badan sepenuhnya, ibu amalkanlah pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Contohnya seperti sup ayam atau daging. Masukkan lebih banyak bawang putih di dalam masakan tersebut.

Khasiatnya akan menghasilkan susu ibu yang lebih berkualiti dan sangat baik untuk bayi sebagai penawar sakit. Teruskan penyusuan secara eksklusif dengan lebih kerap walaupun anak batuk dan selsema. Jangan sekali-kali menghentikan penyusuan.

8. KUNYIT

Ini petua menghilangkan batuk secara tradisional. Tumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung dan dahi anak. InshaAllah, selepas beberapa kali percubaan, hingus akan kering.

9. BUNGA BELIMBING DAN AIR BERAS

Ini juga petua menghilangkan batuk secara tradisional yang lain. Bagi anak yang sudah makan makanan pejal, petua ini boleh dicuba. Ambil bunga belimbing dan campurkan dengan air didihan beras. Tapiskan dan kemudian beri anak minum.

10. DAUN BASIL, DAUN OREGANO DAN DAUN SIRIH

Daun basil juga dikenali dengan nama daun selasih dan daun oregano dikenali dengan nama daun bangun-bangun. Perah ketiga-tiga jenis daun ini dan ambil patinya. Minum sesudu untuk bayi yang sudah makan makanan pejal.

11. LEMON, HALIA DAN MADU

Perah lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalam di dalam peti ais. Boleh diberi minum kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas.

12. GARLIC SOCKS

Bakar bawang putih. Tumbuk dan letakkan di dalam stoking anak.

13. MANDIAN LEMON

Ini petua menghilangkan batuk secara mandian yang dapat keringkan hingus bayi. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.

14. MINYAK MASAK

Ini petua menghilangkan batuk, bukan petua dapur! Walaupun minyak masak selalu digunakan di dapur, ia juga boleh digunakan apabila anak batuk dan selsema. Sapukan minyak masak yang belum digunakan di batang hidung dan dada bayi bagi melegakan batuk dan hidung tersumbat.

15. DAUN KADUK

Ramas daun kaduk dengan kapur dan sedikit air. Sapu di dada dan belakang bayi. Untuk yang duduk bandar, dan mahu praktikkan petua menghilangkan batuk tradisional ini, cubalah kenal-kenal dengan pokok herba.

16. SPRAY HIDUNG

Spray hidung ini boleh didapati di farmasi dan juga klinik. Spray ini membantu anak mengeluarkan hingus kerana mereka tidak pandai mengeluarkan hingus mereka sendiri. 17. MINYAK BAWANG PUTIH

Petua menghilangkan batuk ini menggunakan bawang putih lagi, tetapi kali ini dibakar. Caranya, cuma bakar bawang putih. Tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut. Campurkan dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapu di dada anak untuk melegakan pernafasan.

18. URUTAN BAYI

Petua menghilangkan batuk yang terakhir ialah cuba jadikan urutan bayi sebagai rutin setiap kali selepas mandi. Kajian menunjukkan bahawa urutan bayi mampu memberikan keselesaan kepada bayi. Bayi yang selalu diurut juga sangat mudah dijaga kerana jarang meragam. Tapi harus diingat, jangan mengurut bayi ketika dia menangis

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}