Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

kesihatan

5 Manfaat Air Suam Yang Akan Mengubah Fikiran Anda

Editor
11 Sep 2018, 01:49 AM

Foto Kredit : lisciuta.it

Foto Kredit : lisciuta.it

 

JADIKAN AIR SUAM SEBAGAI MINUMAN KEGEMARAN

Ya, benar masing-masing mempunyai kegemaran dan kesukaan masing-masing. Dan setiap individu juga mempunyai sesuatu yang kurang digemari dan kurang disukai. Ianya menjadikan setiap individu itu berbeza dan tidak sama antara satu sama lain.

Namun, untuk golongan yang tidak suka minum air suam, anda perlu mengubah fikiran terhadap kepentingan air suam. Ia seharusnya menjadi kesukaan setiap individu kerana terdapat pelbagai kebaikan dan manfaat minum air suam.

Foto Kredit : alamataqafa.tk

Foto Kredit : alamataqafa.tk

5 MANFAAT MINUM AIR SUAM YANG ANDA PERLU TAHU

Berikut merupakan 5 manfaat minum air suam dalam amalan seharian kita. Kepada yang tidak suka akan air suam, bersedia untuk berubah fikiran kerana air suam bakal menjadi kegemaran anda selepas ini!

1. MEMPERBAIKI SISTEM PENCERNAAN

Minum air suam terutamanya ketika awal pagi dapat merangsang sistem pencernaan untuk memudahkan makanan dicerna. Ini kerana, apabila air suam diminum, pembuluh darah akan mengembang (dilate) dan ini membantu kita untuk mencernakan makanan dengan lebih baik sekaligus mengatasi masalah sembelit.

Foto Kredit : hledamzdravi.cz

Foto Kredit : hledamzdravi.cz

2. MEMPERBAIKI PEREDARAN DARAH

Penyingkiran toksin yang berlaku apabila kita minum air suam akan dapat memperbaiki peredaran darah dalam badan. Dengan sistem peredaran darah yang baik ini, kita akan berasa lebih tenang.

Foto Kredit : homeremediesauthority.com

Foto Kredit : homeremediesauthority.com

3. MEMBANTU PENURUNAN BERAT BADAN

Bagi yang mengimpikan berat badan yang ideal, air suam adalah minuman terbaik untuk anda pada awal pagi. Air suam akan meningkatkan suhu badan dan seterusnya meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. Ianya dapat membantu tubuh badan untuk membakar lebih banyak kalori sepanjang hari dan membantu penurunan berat badan.

Foto Kredit : livestrong.com

Foto Kredit : livestrong.com

4. MEMPERBAKI SEL KULIT

Kehadiran toksin dalam badan boleh menyebabkan penuaan yang lebih cepat terhadap kulit berbanding usia sebenar. Bagi memiliki kulit yang lebih anjal, jadikan amalan meminum air suam ini setiap hari. Ianya membantu menyingkirkan toksin daripada badan dan memperbaiki sel-sel kulit sekaligus menjadikan kita kelihatan ‘awet muda’.

Foto Kredit : news.mynahcare.com

Foto Kredit : news.mynahcare.com

5. MENGURANGKAN KESAKITAN

Antara manfaat lain minum air suam, ianya juga dapat mengurangkan rasa sakit akibat kekejangan pada anggota badan termasuklah kekejangan yang sering kali dialami oleh wanita ketika menstruasi yang lebih dikenali sebagai ‘period pain’. Ini kerana, air suam dapat membantu otot-otot yang berkenaan untuk lebih relaks dan seterusnya melegakan kesakitan yang dihadapi itu.

manfaat minum air suam

JALANI HIDUP SIHAT DENGAN AIR SUAM

Walaupun terdapat banyak manfaat minum air suam, kita masih perlu bersederhana dalam pengambilannya. Ini kerana, pengambilan air suam secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang berasa pening kepala, muntah, kepenatan, dan membuang air kecil dengan sangat kerap. Sesetengah individu yang mempunyai masalah kesihatan tertentu perlu mendapatkan nasihat daripada doktor dan pakar mengenai kuantiti yang sesuai untuk mengamalkan air suam ini setiap hari.

Dengan perkongsian tentang manfaat minum air suam ini, diharap kita semua dapat menjadikan air suam sebagai amalan hidup sihat dalam menjalani aktiviti seharian. Semoga dengan izin Allah, semua manfaat ini berkesan untuk diri kita dan kita sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us