Coklat mengandungi pelbagai vitamin yang sangat berguna kepada tubuh badan kita seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, vitamin D dan juga vitamin E.
Kandungan koko semula jadi mengandungi magnesium yang mampu mengelakkan penyakit hipertensi, jantung, diabetes dan masalah kewanitaan. Dengan mengamalkan pemakanan coklat setiap hari dapat meningkatkan kandungan magnesium dalam nutrient harian.
Coklat terdiri daripada pelbagai jenis atau variasi. Antara jenis coklat yang menjadi kegemaran masyarakat masa kini adalah dark chocolate, white chocolate dan milk chocolate. Coklat yang paling khasiat adalah dark chocolate. Ini ada 3 kelebihan sekiranya mengamalkan pemakanan coklat:
1. Tinggi khasiat
via GIPHY
Ini kerana, coklat gelap atau coklat asli mengandungi biji koko paling tinggi iaitu sekitar 70% dan juga bebas daripada sebarang lemak tepu dan minyak sayur.
2. Mengurangkan stress
via GIPHY
Coklat gelap memiliki banyak khasiat berbanding coklat putih dan coklat susu. Rasa pahit dan manis ternyata berupaya mengurangkan tekanan dalam diri individu.
3. Merendahkan tekanan darah
via GIPHY
Antioksidan yang terdapat dalam koko secara tidak langsung membantu badan seseorang bebas daripada sebarang radikal dan kerosakan sel badan. Ia juga berupaya merendahkan tekanan darah dan meningkatkan kolestrol baik dalam badan manusia.
Sumber: iamlejen
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.