Ancaman penyakit akan menyerang seseorang individu jika tidak menjaga pemakanan dan kesihatan diri.
Dalam memerangi ancaman penyakit itu, individu disarankan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat juga bagi mencegah obesiti.
Berikut antara tips untuk mencegah obesiti dan mengekalkan berat badan normal anda;
#1 Timbang berat badan secara berkala untuk mengetahui status berat badang berdasarkan Indeks Jisim Tubuh (BMI).
#2 Kekalkan berat badan yang sihat dengan mengimbangkan pengambilan kalori dengan aktiviti fizikal.
#3 Berat badan yang normal dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit NCD.
Mengikut purata yang diperincikan Kementerian Kesihatan Malaysia, satu dalam dua orang dewasa berlebihan berat badan dan obesiti manakala satu dalam tiga kanak-kanak sekolah berlebihan berat badan dan obesiti.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.