Bagi menjamin kesihatan tubuh badan manusia, pakar kesihatan menyarankan untuk lebih makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Tahukah anda? Warna sayur dan buah yang berbeza mempunyai khasiat yang berbeza dan fungsinya juga berbeza.
Tak kisah lah anda suka warna ungu, oren atau hijau, semuanya berkhasiat dan bagus untuk kecergasan serta kecerdasan minda anda.
#1 Warna Ungu
Mengandungi Anthocyanin sebagai antioksida yang membantu merendahkan risiko kanser, meningkatkan sistem ketahanan badan dan daya ingatan.
Contohnya, sayur kobis, terung dan buah anggur.
#2 Warna Hijau
Mengandungi klorofil, serat dan zat besi yang baik untuk pembentukan sel darah merah, baik untuk penghadaman dan meningkatkan imuniti badan.
Contohnya, sayur brokoli, saderi, timun dan salad.
#3 Warna Oren
Mengandungi beta-carotene sebagai antioksida yang dapat meningkatkan kesihatan mata dan agen anti-penuaan.
Contohnya, sayur lobak merah, labu, dan buah oren.
Banyak bukan manfaat dan khasiat buah dan sayur ini? Jadi, pastikan anda mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.